Wednesday, November 18, 2009

BFF & Kulit Babi

PinkGremlin & Mazlina
Us at Chimpelas Mall (tak silapnya)

Mazlina, PinkGremlin & Suhana


At Rumah Mode

At the hotel (lupa nama)


PinkGremlin with Suhana's hubby, Tampin

Lunch yang tak sedap di tekak


At the airport






Dua minggu kebelakangan ni asyik teringat-ingat kat Suhana and Mazlina. Mereka ni my best friends forever. Literally my BFF sebab memangla BFF normally you call everyday and gossip and all kan. It is a bit different dengan mereka ni since dah duduk bukan in the same neighbourhood lagi and somemore dah kawin and all. But when and where it matters, mereka ni akan ada and muncul on and off! That's why the "forever" in BFF is literal.

Anyway lama tak keluar dengan mereka. Bila nak keluar sama ni korang?

Bila semalam aku dok teringat nak plan keluar dengan Suhana and Mazlina, aku tiba-tiba teringat satu kisah masa kami pi holiday kat Bandung last year.

Shopping sakan kat various factory outlets yang ada kat sana yang harganya maha murah, so ada la terserempak dengan sepasang sandal yang nampak comfy sangat masa kat ada satu outlet ni. Belek punya belek, berkenan, try size pun ada, harga pun sungguh suka. Aku pun grab beli.

Balik hotel, for the next jalan-jalan session aku terus grab pakai. Ah, sungguh selesa!!!! Jalan dari pagi sampai la lewat petang. Ronda macam-macam tempat, jalan ke hulu hilir. Then balik hotel, aku pun sibuk nak mandi and all. Keluar je dari bathroom Mazlina pandang aku.

Mazlina : Sorry, tapi aku rasa ada satu berita buruk nak bagitau kau
PinkGremlin : Apa?
Mazlina : Aku dah check sandal kau ni masa tunggu kau mandi tadi
PinkGremlin : Kenapa?
Mazlina : Err sandal nie kulit babi la
PinkGremlin : Hah! Eh, aku dah check masa beli tu!
Mazlina : Memang tak perasan tapi aku perasan 3 titik tu kat belah dalam strap ni
PinkGremlin : (lepas check) Hahhhhhhhhhh! Ya la. Tapi kasut nie best pakai
Mazlina : Kau kena buang la kan
PinkGremlin : Habis kena samak ke?
Mazlina : Kena la
Waaaa. Sentap sangat masa kena buang kasut kulit babi yang sedap dipakai tuh tau! Pastu Mazlina tolong amik tanah and samak kan. Kasut kulit babi kasut kulit babi. Hehe
Oh ya, enjoy the pics! Taken from Bandung Trip with BFF August 2008.

1 comment:

 

Blog Template by YummyLolly.com - Background image by Jen Furlotte