Thursday, November 5, 2009

Q&A Of The Day - Gadis Dilema

Last week or a couple of weeks ago, I came across this in one of the Malay newspapers..


"Puteri,

Saya telah mengenali A semenjak di sekolah lagi dan saya tahu A menaruh hati terhadap saya. Tetapi saya tidak mempunyai sebarang perasaan terhadap A. Walau bagaimanapun, A adalah seorang jejaka yang sangat baik, mempunyai ilmu agama dan menghormati orang tua. A sangat mengambil berat tentang saya. Dalam pada masa yang sama, saya telah mengenali B dua tahun lepas semasa berkursus dan dari salam perkenalan, kami menjadi sahabat dan seterusnya lebih dari sahabat. Saya sangat menyintai B dan B jugak begitu, malah kami pernah terlanjur. Saya telah beberapa kali mengusulkan agar kami berkahwin tetapi B menyatakan ibu bapanya telah mempunyai menantu pilihan.


A pula telah baru-baru ini menyatakan hasratnya untuk melamar saya dan ingin berjumpa dengan keluarga saya. Saya tahu bahawa keluarga saya pasti akan menyukai dan menerima A. Saya berada dalam dilema, Puteri! A ingin mengahwini saya tetapi dia tidak mengetahui ketelanjuran saya dengan B. Haruskah saya menerima A sedangkan saya sangat menyintai B dan B juga berjanji akan berkahwin dengan saya tetapi memerlukan masa bagi menyelesaikan isu menantu pilihan ibu bapanya.


Puteri, tolong saya. Saya buntu.


Gadis Dilema"


This is one typical Q&A kan? In fact selalu sangat this kind of Q&A keluar. But, what I notice is that the answer will always be that, the girl has to repent and kembali ke jalan benar and more or less, go with the nice guy.


But what really happens? Rasa-rasanya the girl akan take the advice and choose the nice guy or she will follow her heart and sit around and wait for the other guy to actually marry her, kan?


What would you really advise in this kind of situation if you were the Puteri here?


Hmm...Ms PinkGremlin's kind of advice will be, that if she can love the nice guy, go ahead and choose him but if she really can't learn to love the nice guy, then tak guna. So, apa lagi, give the other guy the ultimatum. Hehe.


Macam mana dengan anda?

2 comments:

  1. mmm typical sgt. bertaubat jela. hahahahaha. ala si B tu kalau betul2 sayang dia mesti try to solve the problem. Menantu pilihan oiii.

    ReplyDelete

 

Blog Template by YummyLolly.com - Background image by Jen Furlotte