Monday, January 4, 2010

2010 & Refresher

Hello. Happy New Year 2010! Before nak list down new resolutions, nak cerita sikit pasal khutbah before nikah. We went to Ipoh for our friends, Fai & Fiza's wedding. And besides celebrating their wedding, we sort of had a refresher on husband and wife's roles and responsiblities after marriage from the jurunikah. Memang macam refresher course! Antara yang nak share hari ni:-

Tentang Suami
1. Selepas akad nikah terus naik taraf sebagai suami and ketua.
2. Harus memberi nafkah zahir dan batin kepada isteri.
3. Nafkah zahir bermaksud memberi tempat tinggal kepada isteri, katanya jangan biar isteri menumpang dan bagi yang mampu belilah rumah manakala yang tak mampu sewalah rumah.
4. Nafkah zahir juga bermaksud memberi makanan yang halal kepada isteri dan anak-anak. Jangan menggunakan wang haram hasil judi mahupun curi contohnya untuk membeli makanan atau barang-barang keperluan.
5. Nafkah zahir juga bermaksud membeli segala keperluan seperti pakaian kepada isteri dan anak-anak.
6. Suami tidak boleh sesekali campur tangan hasil gaji isteri yang bekerja. Gaji isteri mutlak ke atas isteri, isteri boleh berbelanja menurut hatinya (pernah belajar dulu bahawa sekiranya isteri itu redha untuk berkongsi hasil gaji dengan suaminya, maka tidak mengapa, yang penting isteri redha).
7. Nafkah batin bukan semata-mata bermaksud hubungan intim tetapi perkataan "batin" itu lebih bermaksud bahawa suami harus memberi ilmu agama dan sebagainya kepada isteri dan anak-anak. Suami akan dituntut kelak terhadap tugasan ini. Jika suami tidak begitu berilmu, maka dapatkan bantuan ustaz atau tenaga pengajar lain.


Tentang Isteri
1. Nabi Muhammad S.A.W pernah menyatakan bahawa "jika manusia boleh menyembah manusia lain, maka isteri harus menyembah suami". Ini perumpamaan di mana letaknya taraf seseorang isteri itu.
2. Isteri harus taat pada suaminya, iaitu ketuanya selagi suami tidak menyuruh perkara yang bertentang dengan agama.
3. Isteri sangat mudah mendapat pahala, tetapi mudah juga kehilangan pahala.
4. Seseorang isteri yang mengidangkan minuman (apa-apa jenis minuman termasuk air suam) akan mendapat pahala seperti bersolat sunat sepanjang tahun.
5. Seseorang isteri yang mengidangkan makanan pada suami akan beroleh pahala seperti pergi umrah dan haji setiap hidangan tersebut.
6. Seseorang isteri yang mandi hadas setelah bersama suami akan mendapat pahala.
7. Seseorang isteri yang berkata kasar kepada suaminya akan ditolak pahalanya malah kadang-kadang sehingga "berhutang" membayar pahala yang telah ditolak tersebut. Contoh-contoh kata kasar menurut jurunikah tersebut antaranya "Oii abang, bangunla" atau seperti contoh jurunikah tersebut yang menyaksikan seorang isteri menjerit menyuruh suaminya mengundur kereta dengan berkata "Cepatla reverse kereta, tunggu apa lagi, nak sampai anak kat dalam kereta lemas ke?"

Itu serba sedikit yang dapat PinkGremlin ingat dari refresher kelmarin. MasyaAllah, syukur sangat diberi peluang dengar refresher tu! Walaupun baru 7 bulan kahwin, benda-benda macam tu kadang-kadang dah terlupa. Sambil tu, teringat pulak, setiap kali masak for MS, sekali hidang and ceduk makanan dia, masyaAllah, banyaknya pahala kalau ikhlas. One thing that I realised, even if you used to be a super lazy person or pampered too much by parents, once you are married, when you do things for your hubby, especially cooking (for me), I can feel that it is a joy. Dia macam satu perasaan lain. Walau penat. Taktau la if this only happens to newly weds.

Resolutions For 2010 In Random Order
1. Becomes more hardworking in terms of working. Perhaps dapat jadi macam dulu-dulu before I joined my current company. Maybe previous jobs demanded it, but heck I was a very hardworking lady.
2. Try to get more and more in terms of salary!
3. Get a baby!!
4. Masuk kelas tajwid dengan MS yang dah overdue.
5. Get rid of my problematic Savvy!! And get a new decent car.
6. Save up more money.
7. Be cheekier and more fun to MS!

Hopefully tercapai!

No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com - Background image by Jen Furlotte