Wednesday, March 31, 2010

Masih Ada Lagi Yang RM1??

Hari ni nak cerita pasal makanan..Ah, yummy. Hehe. Dulu before pregnant, I normally prepare breakfast for MS and I, yang simple and berasaskan roti saja. Hehe. It's either roti dengan burger meat, roti dengan fish fillet, roti dengan sausage, roti and chicken and roti and tuna/sardine. Putaran yang sama hari-hari tapi MS jenis tak kisah, dia ok je. Nak harap brekkie tu bekalannya bihun or mee or nasi goreng, hehe tak kan ada kot! Ada sekali je nasi goreng rasanya.

Anyway, our "healthy" (sebab roti wholemeal, tolak tepi cerita frozen food sebagai intinya) breakfast meal dah lenyap akibat PinkGremlin ni pregnant, so every morning memang tak ada bekal brekkie lagi, semua belian saja. Hehe.

Cakap pasal belian breakfast, dulu memang I have no problem with our office cafe here, tapi sejak preggie, bau cafe pun tak lalu sebab bau tu akan lekat kat baju and by noon terbau kat baju rasa mual sesangat so I try to avoid the cafe as much as possible. So if lunch time "terpaksa" beli kat cafe, I would rather sit outside (open air area) or tapau saja. Yang penting tak bergelumang bau cafe. Hehe.

Dulu-dulu, jalan keluar from our apartment tak ada jualan pagi-pagi except if ikut another route yang maha jam, so no other choice kena beli brekkie kat cafe office. Tapi satu hari yang hening, I saw a small stall bukak depan 99 Speedmart supermarket!! Wah, satu-satunya stall melayu (FYI, my neighbourhood ramai peniaga India) kat jalan tu. So satu hari yang hening try beli dari mak cik tu. Ada nasi lemak with lauk like sotong, ayam merah, kerang and rendang. Ada mee goreng and bihun goreng. So, the first few times asyik beli nasi lemak lauk kerang sbb banyak and sedap and harga berpatutan.

Satu hari lain rasa nak makan bihun goreng, so belilah campur sambal. Makcik tu letak banyak sangat and bila tanya berapa, sangatlah terkejut dengar RM1!!!!!!! Wah, maybe saya tak biasa, tapi selama beli dekat rata-rata tempat, takde pun yang jual RM1!!

Anyway, semalam "eksyen" dengan MS, cerita la mee goreng or bihun goreng makcik stall tu RM1 je! Skali dia cakap, "Ala kat site I pun ada RM1.."

Hohoho..Adakah saya je yang ketinggalan zaman kena charge mahal or orang lain pun sama?


Bungkusan makcik
tu macam ni la~~



Mee goreng


Bihun goreng

1 comment:

  1. mmg masih byk tempat yg charge RM1. Sekitar golden triangle ni masih ada. Tapi tak ramai. ramai yg charge RM1.20

    ReplyDelete

 

Blog Template by YummyLolly.com - Background image by Jen Furlotte