Friday, May 28, 2010

Of Miki Jeans, Injection & Baby

 Hello..

Ini hari nak cerita pasal kehappyan mendapat seluar maternity!!! Al-kisahnya, last Monday, lepas Maghrib terus gegas ke OU nak cari maternity pants kerana my fwen Fiza kata ada sampai stock baru pants yang best (pernah beli last time) and bila sampai je terus gegas pi masuk JJ. Pusing punya pusing kat maternity area, takde pun, eh, takkan dah habis sedangkan Fiza kata ada banyak! So call Fiza and dia bagitau row mana. So jumpa la row tu, tapi pants tu macam ada kelainan sikit. Tak puas hati pusing pulak kat sebelah tuh, ada Miki maternity, tengok-tengok, wah ada discount up to 50% and tengok-tengok lagi, wahhhhh ada jeans!!!!!!!!!!!! Setelah berkurun cari Miki jeans rata-rata baru kini jumpa! Ada Miki kat tempat lain  cakap Miki tak produce maternity jeans dah, ya la kot sebab tak jumpa pun. Maybe yang jumpa ni old stock.

Try la 2 different jeans and a couple of pants. Ada kot 6 jenis try. Malangnya 2 je yang ok, tapi yang penting one of it was the jeans!!!!!! Yay, sangat happy dapat Miki jeans and at 50% discount lagi!! Thanks to MS sebab propose gegasan ke OU malam tu!!

Ok, lepas tuh, last Saturday masa  check up kena jab kancing gigi. Masa tengok jarum macam scarry je, sebab macam lama tak kena jab! Tanya doctor nak inject kat tangan ke butt? Sangat lega bila doctor cakap butt sebab ah kulit butt kan tebal..Hehe..Doctor cakap akan rasa lenguh-lenguh and lebam-lebam for few days. Memang betul, butt memang lebam kat tempat yang inject tuh sepanjang minggu!!!! Kadang-kadang bila terduduk kat area tuh rasa sakit skit. Tapi nasib masa inject rasa tak sakit pun walau dah bayang macam erghh sakitnya..(Hehe akibat lama sangat tak kena inject kot..).

Hmm, cerita pasal baby pulak, my sister selalu pesan suh cakap-cakap dengan baby tapi I feel like I seldom communicate dengan baby ni, sian dia. Taktau nak cakap apa.. Tapi last Monday masa on the way drive nak pi keje, PinkGremlin bagitau kat baby starting from Monday sampai the whole week, mummy banyak keje kat office, nak draft and vet banyak agreements, suruh baby tolong..Wahhh..baby terus kick, kick and kick! Hehe. Wah, baby macam nak tolong mummy dia, jadi assistant kenit draft and vet agreements ke? Hehe..So I went on and told my baby, ok nanti dah besar boleh keje macam mummy. Dia kick lagi. Then bagitau dia, or baby dah besar keje engineering line macam daddy, jadi engineer ke..Dia senyap je sampai sudah..Hehe..Nampaknya si rambo kenit ni nak jadi legal eagle ye..Hehe. Lepas pada hari tu, PinkGremlin selalu cakap-cakap dengan baby. Hehe.

Hari ni MS keje,PinkGremlin pulak kena vet agreements from home sebab Monday boss nak and Monday I will be on leave..Nak tau?? Baby @ assistant kenit ni tak bangun-bangun dari pagi sampai jam 3 petang! Pandai dia kan takmau tolong mummy dia vet agreements hari cuti!! Hehe..

Betulla cakap my fwen yang semakin besar, baby semakin pandai react dengan apa yang kita cakap. Hehe.

No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com - Background image by Jen Furlotte