Thursday, February 24, 2011

Of Better Days


Beberapa hari ini PinkGremlin senyap saja sebab dilanda apa yang paling ditakuti oleh breastfeeding mommies. Milk production yang quite low. Hmmm..memanglah dah diketahui yang there are times that you will experience a low production but I did not really expect it as I was enjoying every tiny moment when I am able to produce more or less enough for Thaqif every single day from 3 pumping sessions only. Saya adalah orang yang sangat susah nak bangun malam dan Subuh untuk pump, memang liat jadi saya sangat la happy bila pump 3 times boleh dapat more or less bekalan untuk Thaqif the next day.

Jadinya selepas low production melanda, PinkGremlin gegas browse sana sini cari puncanya. Dan cari solution. Cari dan cari. I am so thankful I stumbled upon Momma Mia's blog. Dalam blog ni ada banyak sangat link to other blogs of breastfeeding mommies. PinkGremlin terus ok balik and my determination was instantly fully recharged. Yang penting memang seperti yang saya pegang dari dulu ialah your mind set. It helps and changes things, of course with God's will. Insyaallah semua boleh.

Allah maha penyayang. Dia tahu bila manusia lalai dan berpuas hati dan tidak beringat. Maka saya adalah antara yang terpanggil untuk memperbetulkan keadaan. Tak dinafikan saya sudah kurang berdoa lepas solat agar milk production saya sentiasa meningkat dan tak menurun. Saya makin lupa. Lepas tu agak cuai sebab ada makan and minum yang tidak sepatutnya. Lepas dah tersedar, PinkGremlin bergegas menyediakan dan buat apa yang patut. Antaranya beli minuman yang saya rasa pada fikiran saya membantu pulihkan my milk production.


Longan +red dates, choc milk & soya bean


Alhamdulillah, hari ini sudah semakin pulih. In fact, pertama kali pump dapat 9 oz per session, walau agak lama sikit dari biasa. Thank you Allah for making me a strong person in this journey.

 

Lagi yang mengembirakan, PinkGremlin jumpa karung Santa ni kat my work station semalam. My gang at the office bought this lovely pressie for my birthday. A bit belated as my birthday was on 9.2.2011. Tapi memang suka! And I am so blessed to have this gang yang sekepala di office!





And finally for my friend Mona, as requested, this is the note on handling of EBM that I stick to Thaqif's basket. Sorry lambat ya Mona.


Mona, sebab susah nak nampak, kita type kat sini. The note says:

BREASTMILK
1. Sentiasa simpan susu di d alam peti ais sebelum diminum. Simpan di bahagian teratas (bukan freezer) dan paling dalam (bukan di pintu).
2. Apabila ingin diminum, panaskan susu menggunakan air suam-suam panas (bukan air panas sangat) agar nutrients di dalam susu kekal. Air yang terlalu panas akan merosakkan/menganggu nutrients.
3. Apabila telah dipanaskan, susu tidak boleh dimasukkan semula di dalam peti ais. Susu yang dipanaskan boleh tahan dalam suhu bilik selama 2 jam jika baby belum minum/sentuh mulutnya di puting. Jika baby telah minum sikit tetapi tidak habis, susu boleh tahan 1 jam dari masa selepas dipanaskan. Baki susu yang melepasi masa harus dibuang. Susu yang telah dipanaskan sekali tidak perlu/boleh dipanaskan semula.

Bila baca balik note ni, rasa macam nak tambah lagi sikit la nanti, most probably:

4. Susu dari botol-botol yang berlainan hanya boleh dicampurkan/disatukan hanya jika suhu susu di dalam botol-botol tersebut adalah sama.
5. Turutan nombor di botol susu harus diikuti agar susu yang tidak disentuhi langsung (di dalam peti ais) boleh disimpan/dibekukan untuk akan datang. Kebiasaannya botol yang bernombor awal seperti 1, 2 dan 3 adalah stok susu beku yang dicairkan dan harus dihabiskan dalam masa 24 jam dari masa ianya cair. Jika susu ini tidak dihabiskan dan melepasi 24 jam, ianya haruslah dibuang, tidak boleh disimpan semula kerana telah luput.

Tapi bahasa yang untuk tambahan kat note tu macam formal betul pulak kan. Hahaha.

Oh ya,tagline harapan PinkGremlin sekarang ialah "Harap hari ini lebih baik dari semalam.."


4 comments:

  1. my milk production pun drop kene gigih nie usaha balik..

    ReplyDelete
  2. Juelee,
    Awak kalau drop pun still jauh lebih banyak kan, lagipun stock EBM awak banyak, best la. I wish I can have as much stock as you have! :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah... 2 thumbs up for u for all the effort & never give up!! Sesama kita gigih. Semoga perjalanan penyusuan kita & ibu2 yg lain dipermudahkan. Amin!!

    ReplyDelete
  4. i pun tengah low supply ni..haiihhh..
    tapi 9 oz tu dah banyak tuh..
    i normally got 5-6oz jer..skrg ni selalu dapat 3-4oz..kena work hard lagi nehh..=(

    ReplyDelete

 

Blog Template by YummyLolly.com - Background image by Jen Furlotte