Tuesday, March 29, 2011

Wardrobe : Help! Am I Turning Into A Mak Cik?

Before beranak pun tak berapa pandai bergaya. Wardrobe biasa-biasa je. Walau dah berapa kali nak cuba bergaya and nampak chic and all, masih belum berjaya. Most probably because a simple lady is who I am, but is always on the look out to be this amazingly chic and young looking lady. Haha. Bila la dapat.

Sejak dah kahwin and sekarang dah beranak, MS keeps on advising me to menutup aurat properly. But he always gives me time and let me change when I am ready. So sedikit demi sedikit bila ada kesedaran, I try to find "proper" attires, yang tak begitu ketat and all. Tapi kadang salah jalan, nampak macam mak cik- mak cik pun ya. Hmm * Sigh*.

Macam mana ni? Siapa dapat tolong ku ni dengan ideas and money as well?? Hehehe...

Ramai yang kata bila dah beranak kecil ni, makin susah nak bergaya bagai. Anak tarik tudung la, nak cepat la, tak boleh nak bawak handbag sebab nak dukung anak la, susah nak pakai heels la, macam-macam. Adakah benar ya?

As for me, part nak bawak handbag tu memang ya susah. I carry knapsack nowadays. I hope to get rid of knapsack carrying habit soon. Miss nak berhandbag. Part berkasut heels, memang I'm not a fan because my feet hurt when I wear one. I usually wear Crocs sebab selesa. Part tudung tu memang ya, baby suka nak tarik-tarik tudung! Part nak cepat tu pun ya, semua kena cepat!! Huhu. So macam mana ni? Pasti ada cara kan. Banyak je great looking mommies out there kan? Hai, bila kah dapat ku berubahan? Huk huk. Help me!!!

Mari tengok perjalanan pakaian ku ini, hehe.

Favourite, simple and selesa. I wear this
all the time. Berhelai-helai ada of different colours.
Harga sangat affordable and selalu beli di Dorothy
Perkins and Forever 21.
Sebelum kahwin, lepas kahwin,
sebelum preggie, semasa preggie and
selepas beranak! Erkk teruknya
sense of fashion kan!

 Maternity clothes pun ala-ala konsep yang
sama kan. Haha. Oh ini gambar naik boat
kat Sabak Bernam on the way ke sangkar
ikan MIL. Masa ni preggie 8 months tak
silap. My mom does not know until now.
Haha. Kalau dia tau memang kena marah.

See! Masa preggie pun dok pakai
pudatkan jugak baju yang style kat atas tu!
Haha.



 Ini semua pulak style belian lepas beranak.
Macam mak cik- mak cik pun ada tatkala
susah nak cari baju yang bergaya dan menutup
aurat properly dan affordable sekali gus!

Handbag MS bagi for last year's birthday
hanya pernah pakai sekali je, masa tu cuti and
keluar pi The Curve dengan MS, hantar
Thaqif kat babysitter. Masih tidur dalam
dust bag sampai sekarang!

Bought this Mulberry For Target online
tapi haram sampai sekarang tak sempat
pakai. Sob sob.

Macam mana ni? Saya tak mau tua sebelum waktunya! Huk huk.

Thursday, March 24, 2011

It Is So Taxing - It Is Killing Us

I want to ease my mind by sharing this. I believe a lot of first time mommies feel the same. Hmmm penatnya!

This is my daily routine:-

AM
5.30 am - 6.30 am
1. Sterilise all bottles and pump
2. Jerang/masak air
3. Nowadays make fruits puree (mashing them) as I have yet to make frozen puree
4. Kalau EBM hasil pump semalam tak cukup, I pump at this hour
5. In between tasks, sometimes Thaqif wakes up for feeding. If this happens, I do tendum pumping and kalau tak pump, kena la berhenti buat kerja-kerja lain
6. Solat
7. Kalau sempat pack all the sterilised bottles and bekal EBM and bekal puree
8. Kemaskan bag pump

6.40 am - 7.00 am
1. Mandi and bersiap and iron tudung (MS ironed his and my working attires)
2. Kalau tak sempat pack (see item 5 above) earlier sebab kadang-kadang bottles and what not masih panas lepas sterilise, terkocoh kacah pack sekarang

7.00 am - 7.10 am
Keluar rumah hantar Thaqif kat MIL's place kat area dekat Sunway

7.10 am - 7.45 / 8.00 / 8.15 am
Sampai di rumah MIL. Kalau sempat brekkie dulu, kalau tak terus ke office. Mind you my office starts at 8.00 am!!!! Jam berapa sampai tu? Selalu lambat, thank god office ni tak banyak songeh. I always reach office in Putrajaya dalam jam 8.30 am and ada masa almost 9.00 am!! Keji kan?

PM
5.30 pm - 6.00 pm
Keluar from office nak ke MIL's place

7.00 pm - 7.15 pm
Sampai rumah MIL

7.15 pm - 8.00 / 8.30 pm
1. Main dengan Thaqif, solat, kemas bottles, bekas-bekas and barang-barang Thaqif
2. MS reaches MIL's place at 8.00 pm or latest 8.30 pm
3. Kadang makan dinner kat MIL's but most of the time tak

8.00 / 8.30 pm - 9.00 pm
1. Singgah kedai tapau food
2. Kadang singgah beli fruits untuk makanan Thaqif

9.00 pm onwards
1. Sampai rumah
2. Kalau Thaqif tak tertidur dalam kereta, kena BF/kasi dia tidur
3. Mandi, dinner, in between BF Thaqif when he wakes up, solat, basuh bottles, sterilise  feeding bottles je, transfer EBM dalam feeding bottles, nite pump session most of the time tendum pumping to save time

I know everyone else has more or less the same routine but this is taxing us! It's killing us. The traveling that is. Tapi apa kan daya. Sementara nak tunggu Thaqif besar sikit, better my MIL jaga dia after our not so pleasent experience with babysitter previously.

But, it is so taxing....Penat tak terkata. Tapinya untuk orang ni, gagahkan juga la kan. Huhu.


Monday, March 21, 2011

Aktiviti Weekends

Saja nak cerita pasal aktiviti weekends baru ni. Tak ada apa sangat pun. Lebih kurang macam weekends biasa saja. Hehe. Marilah tengok entry bergambar dari cerita.

Hari Sabtu seperti biasa hang out
 di rumah opah. Thaqif and cousins.

On Sunday kami ke Midvalley.
Anak ni memang suka duduk dalam
stroller sekarang. Strap him down
pun dia tak kisah.

Alang-alang singgah kat Motherhood Expo.
 
Dan membeli cooling teether baru for Thaqif.
Teether Bright Starts on sale! Try teether
bertangkai sebab Thaqif suka sangat bite
toys yang bertangkai! Tapi teether lama First
Years masih digunakan jugak.

Hasilan borongan barang Pureen.
Berbaloi sebab all on sale. Yay!

Di kiri hasilan pyjamas 6 mths beli di expo tu
and Metrojaya yang juga on sale.
Sebelah kanan hasilan t-shirt from Mothercare
beli on Saturday, on sale jugak! Yay lagi!

He started solids on Saturday. It was time,
based on several factors.

His first taste- Banana puree + EBM.
Thaqif suka sangat nampaknya, makan
banyak jugak.

Bekal pagi ini untuk meal di rumah nenek
dia.

Macam dah besarnya Thaqif ni.
Mommy misses you so much.
Tak sabar nak balik!

Thursday, March 17, 2011

Menghitung Hari

Kalau dalam almost 2 tahun lepas, tak sabar menghitung hari aqad nikah. Hari-hari tengok ticker, tak sabar-sabar. Hehe.

Kalau dalam almost 6 months ago, tak sabar menghitung hari nak jumpa baby. Tapi dalam tak sabar menghitung hari tu ada sabar sikit sebab ketakutan bersalin tu. Hehe.

Kali ni pun menghitung hari jugak. Instead of counting down to my wedding day or the birth of my baby, I am counting down to the day I will feed solids to Thaqif for the very first time!!

Niat di hati nak sedaya upaya prepare homemade solid food for him. Dengan itu telah membaca, bergoogle and blog hopping dengan gembiranya for the past few weeks. Tapi yang paling bergembiranya ialah membeli barang-barang untuk menjayakan mission homemade solid food itu.

Hasilan belian di JJ, Giant, Parkson & Fabulous Mom. Mari kita tengok..

Kesemuanya.

Ice cube trays  wit lid for frozen puree
RM3.99 from Giant

Pureen eating set, First Years eating set
& Munckin's Fresh Food Feeder

Small pot & mini tupperwares

Tinggal thermos je belum beli.

Tak sabar. Tak sabar. Tak sabar. Harap-harap niat buat homemade tak separuh jalan ye.

Wednesday, March 16, 2011

Breastfeeding Itu Bukan Senang, Tapi...

Hello. Kisah breasfeeding lagi? Bosankah? Hehe. Mau cerita sikit. Hari tu diuji bila production jadi low and sebenarnya rasa macam masih low tapi dapat the same amount sebab dah increase pumping sessions. Maksudnya kena kerja keras sikit. Dari 3 kali sehari (2 kali di office, sekali di rumah waktu malam) ke 4 atau 5 kali sehari sekarang. Tak apa la kerja lebih sikit sebab rata-rata baca kalau lebih kerap pump production susu akan meningkat.

Beberapa minggu lepas diuji lagi. Tiba-tiba tumbuh macam pimple di nipple. Mula-mula tak perasan tapi bila Thaqif breastfeed rasa macam sakit, esoknya tengok ada macam pimple. Since pimple biasanya ada air atau nanah dalamnya, PinkGremlin stop breastfeeding untuk that side. Maknanya direct breastfeeding hanya dengan sebelah sahaja. Tapi pump tetap kena pump kan. Selain boobs akan bengkak, mana pulak nak dapat bekalan EBM untuk Thaqif while I was at work kan. Stock frozen EBM saya tak banyak.

Setiap kali pump, PinkGremlin akan monitor kalau-kalau pimple tu burst. Jumpa doctor dia bagi antibiotik and cream sapu, dia kata it is common for breastfeeding mommies and it was due to trauma to the boobs. Trauma itu ialah bukan trauma biasa kita, hehe, medical term punya trauma. Masa pump memang sakit and terpaksa lower down the motor. Satu hari yang hening while pumping, the nipple burst, as anticipated. And darah and a little bit of nanah came out. Nampak darah di corong pump and tahu darah or nanah tak masuk ke bottle tapi to be on the safe side, saya terpaksa buangkan susu itu. My fwen cakap ada terbaca susu yang bercampur darah masih selamat tapi takutkan nanah tu. Sedih sangat especially bagi orang yang production "kais". Memang sedih.

Siapa tak sedih kena buang ni?

Lepas dah pulih dari serangan pimple tu yang ambil masa untuk heal, in total dekat 3 weeks kot yang mana sebelah boob sahaja berkhidmat hehe, ada ujian lain menanti saya rupanya. Selama ni di office, saya pump di VIP Dining Room (my division shares the same level dengan CEO, hence the VIP Dining Room) yang sangat cosy and accomodating untuk pumping. Saya biasanya pump di situ and ada officemates yang solat di situ juga. Nak dijadikan cerita, satu hari hening CEO jenguk ke bilik tu untuk tengok the progressing construction site next door yang nampak clear dari bilik tu, kebetulan ada officemate yang tidur sebab sakit perut. Lepas pada tu CEO bagitau pada PA dia, kata tak boleh tidur kat bilik tu, hanya solat. And dengarnya everyday sekarang CEO masuk bilik tu untuk tengok construction site sebelah tu. So terpaksa cari "port" baru untuk pumping session iaitu surau la kan. Bukan tak suka tapinya surau tu partitionnya hanya la dengan kain antara ruang solat lelaki dan perempuan, jadi faham-faham la bunyi machine rumput Medela saya tu kan. Nak tak nak kena la jugak kan. Ujian kecil katanya. InsyaAllah masih kuat bertahan untuk teruskan journey ni, all because of this baby. Hehe. Gambar-gambar selingan di bawah.


Hi Mommy, I lurve your milk! Hehe

Thaqif & Ms Purple. Ms Purple ni
macam mahluk kucing tak ada kaki
je gayanya

Podok mommy tidur

Kesimpulannya, breastfeeding itu bukan senang, tapi...kalau ada kecekalan, semangat, usaha, support, knowledge and determination, insyaAllah diberi kemudahan di jalan itu oleh Allah. Amin. Semoga Allah sentiasa permudahkan jalan saya untuk ini. Amin.

On a lighter note, semalam ke Fabulous Mom masa balik kerja, tujuannya nak beli buku on starting solid food. Hari tu ada beli buku Wardina yang "Mama, Saya Lapar". Bagus dan menarik but I need more. Sudahnya tak ada buku yang menarik, tapi benda lain pulak yang menarik saya. Erkk. Terbeli....Susah nak resist perangkap butik favourite saya ni. Hehe.

My Lovely Closet's nursing blouse


Munchkin's Fresh Food Feeder!
Tak sabar! Hehe

Wednesday, March 9, 2011

Santai-Santaian For Mommy

Hi. Apa khabaran semua? Hehe. Ini hari nak cerita pasal santai-santaian mommy sorang ni. Kalau dulu-dulu, every Friday nite adalah hari melepak PinkGremlin dengan gang, sejak beranak dah tak ada dah. Hoho. Ya la, siapa pulak nak babysit Thaqif kan, nak harap walid dia?? Hehe, ntahla dia nak ke tidak. So kenala berkorban sampai Thaqif besar sikit. Dah masuk 5 months tak keluar dinner and lepak malam-malam sebab tak nak bawak keluar malam Thaqif before dia 6 months, kang berembun bagai susah pulak kan. Sambilan tu erkk mahluk halus selalu berkeliaran malam-malam kan? Huhu.

Finally last Friday and Saturday, dapat jugak bersantai-santaian. Ah memang best setelah lamanya tak bersantai-santai. Friday ambil leave untuk lepak dengan kawan-kawan, tengok movie and santai di Sunway Pyramid and Saturday pulak lepak dengan cousins di Italianies kat Empire Subang.

Cik Agent, Thaqif & Alyssa

Achik & Thaqif

Amy (Achik to Thaqif), Aqil & Thaqif

Thaqif Shah yang nyenyaknya tidur

Alyssa & my sis

Brownies lazat celebrate birthday &
promotion yang dah basi

Kat Fullhouse Sunway Pyramid,
nyums

PinkGremlin & girlfriends (Mar & Sheila)

First time pump kat tempat
selain rumah and office!

Tak kusangka ada power point kat
dalam nursing room ni

Nursing room yang cosy for
baby nursing & pumping session!

Hasilan pump pada hari itu,
alhamdulillah...

Semoga dapat santaian lagi lain kali!

Thursday, March 3, 2011

Head Over Heels

First of all, my boy, my sweetheart, my hunny bunny, my sugar pie, my chukie chukie turns 5 months today!! Lurve you baby!

Thaqif Shah yg dah tak da
problem sitting still
in the car seat anymore

Now the story. Sejak jadi mommy ni, antara kegilaan utama dalam banyak-banyak kegilaan ialah berkunjung dan shopping di butik-butik baby and mommy. Punyalah banyak, especially yang online. Ramai jugak bloggers yang ada online boutique yang jual macam-macam lah tapi yang jadi topic hari ni ialah baby and mommy punya product. Eish kalau nak cerita memang tak berkesudahan sebab bestnya la butik-butik macam ni bagi PinkGremlin ni. Maklumla first time mommy. Memangla excited dengan barang-barang baby!

Antara online baby and mommy's boutiques yang agak tersohor (to me la) ialah Fabulous Mom, Baby Jaya, myBBstore and OneBabyWorld. Ada banyak lagi tapi these are my favourites; not that I shop online but the products sold are of my favourites.

Kalau dulu-dulu, balik kerja nak sampai rumah kat Sunway memang lalu Puchong area hari-hari, kerja PinkGremlin suka sangatlah nak singgah Tesco la, Giant la, IOI Mall la, Sunway Pyramid la. Memang happyla hari-hari balik ada je nak menyinggah and beli-beli. Then bila dah pindah rumah, dah ikut jalan shortcut lain so tak lalu dah semua tempat tu. Sangat sedih and murung jugakla for a while. Tapi sekarang dah happy kembali, sebab hantar Thaqif kat rumah MIL dekat Sunway, so lalu balik laluan yang lama.

Kali ni bukan happy nak menyinggah ke Tesco ke Giant ke bagai, sekarang happy nak singgah kat baby and mommy's boutiques yang rupanya banyak jugak kat area Puchong ni! Dulu memang tak perasan langsung tapi sejak ada Thaqif and bila nampak butik Fabulous Mom buka di Puchong, tiba-tiba dah ternampak pulak yang lain-lain ni (ternampak ke memang cari-cari kan hehe).

So last week PinkGremlin telah buat satu mission penyinggahan dan survey butik-butik ni kat Puchong. And ada satu kat Bangi, kebetulan kena buat kerja kat area tu. Hehe, sempat lagi singgah kan. Below is my review.

Fabulous Mom

Fabulous Mom di Puchong, dekat shoplots
sebelah IOI Mall




Terbeli liquid cleanser Bumble Bee,
pram toy  & Little Buddy's pillow

Fabulous Mom ni is my personal favourite. Simply because products yang dia jual covers all. Ada baby's line of clothing, breasfeeding and feeding related products, toys, accessories, beddings, cloth diapers, babywearing, toiletries etc. Products for mommies pun best which includes nursing and maternity. They carry brands like Mam, First Years, Fisher Price, Bumble Bee, Avent, Munchkin, Medela, Spectra and Moms Little One to name a few. Butik ni pun jual its own line called Fabulous Mom, Little Buddy, Jingle Jungle and My Lovely Closet. Cara dia susun barang and the ambiance semua kena betul dengan hati saya ni. Memang tak kan jemu berkunjung ke sini! Satu lagi I think butik ni sangat lah pro breastfeeding, semua yang berkaitan dengan breastfeeding boleh jumpa kat sini. I am definitely head over heels in lurve with this boutique! Kalau pergi je pasti terbeli something! Hehe. Butik ni ada kat TTDI, Puchong and JB.

Baby Twinkle


Baby Twinkle dekat shoplots sebelah
Giant Puchong, just opened recently


Tak terbeli apa-apa sebab barang
masih tak banyak

Ok, butik Baby Twinkle ni baru sangat masuk this industry rasanya satu-satunya yang ada kat Puchong ni la. Barang pun belum banyak but it looks promising. Butik ni besar and spacious la. Siap ada tempat santai yang ada sofa and play area for kids. The brands sold here includes Mam, Dr Brown, Baby Love, Bumble Bee, Pureen, Pigeon, First Years, Lamaze, Fisher Price, Medela, Spectra, Avent and many more. Strollers pun banyak jual kat sini. Tapi yang sangat terkejut they sell formula milk! Terkejut sebab jarang butik-butik macam ni jual formula milk. Jualan formula biasanya supermarket punya kerja kan and butik macam ni biasa pro breastfeeding.

Kasih Ibu

Kasih Ibu di Bangi




Terbeli pyjamas (PJs) for 6 mths;
Drapolene nappy rash cream murah kat sini!

Ok, butik ni according to my sis ada lagi kat tempat lain tapi yang ni the first saya nampak. Butiknya besar but presentation wise tak best, macam malap je, macam nak close shop je gayanya tapi baru bukak sebenarnya. Macam-macam dia jual tapi tak banyak nursing products. Kalau sekali pandang, it looks like any other departmental store bahagian baby sebab brand yang dia jual pun lebih kurang yang ada kat departmental stores. Kat tingkat atas ada jual baby cot, stroller, baby seats macam Bumbo and many more.




Baby Sense

Baby Sense dekat shoplots sebelah
Tesco Puchong, baru buka 3 months



Terbeli PJs for 6 mths & wash cloth

Ni pun butik baru jugak and the only one yang ada ialah di Puchong ni rasanya. Menarik jugak dalamnya plus the products yang dia jual pun macam-macam, brands yang ada pun lebih kurang macam kat Fabulous Mom tapi of course again on nursing products masih kalah  dengan Fabulous Mom. Tapi yang menarik kat sini baju-baju dia. Ada jual cute clothes from Polo, Gap, Carters and tak ingat apa lagi.

Twins Baby

Twins Baby (KL) Sdn Bhd dekat shoplots in
between Tesco Puchong and IOI Mall



Terbeli storage box & rattle

Butik ni macam pernah dengar before this tapi tak pasti ada kat mana lagi. Dulu-dulu bila lalu tepi dia selalu ternampak iklan besar gedabak dia promote its custom made baby cots tapi tak perasan ada jual macam-macam lagi. Butiknya besar and ada so many things! Rasa macam semua benda ada kat sini and so many brands ada sini jugak. And it promotes breastfeeding jugak because they are plenty of nursing products like breastpumps and its accessories (of the usual brands), food processor, warmer, steamer and lain-lain. Baju-baju pun banyak. Plus gift box/package untuk newborn pun melambak-lambak. Kat atas ada strollers, cots, baby seats, etc. Presentation wise biasa-biasa je, tak ada aura yang best sangat pun. Hehe. But all in all ok la.



Ok, selain dari yang kat atas ni, PinkGremlin ni pernah pergi Baby Jaya kat Damansara Utama. Presentation wise tak best tapi barang-barang quite ok. Tapi kalau tengok barang-barang dia online lagi best kot dari ke butik dia yang macam teduh sikit. Hehe. Tapi saya beli my Medela Mini E kat sini la and it was on sale, memang berbaloi la ke butik tu untuk pick up breastpump yang dah banyak berjasa tu! Hehe. In a nutshell, you will not miss anything by not going there, shop online pun dah ok!

PinkGremlin teringin nak melawat OneBabyWorld sebab dari online macam best je! Tapi belum berkesempatan. Baby Cottage yang ada gambar kat atas tu kat Subang Parade, it's small and tak banyak barang but I heard yang kat tepi Federal Highway is a good hunting place for strollers. Lain-lain pada tu kalau departmental stores baby shopping, I prefer Parkson Grand (sebab ada Pumpkin Patch, Owen and First Years!! Hehe) compared to others like JJ dan lain-lain. Metrojaya is quite ok. Sogo agak pening bagi saya. Maybe area tu agak pening kot tapi good deal bila sale kan. Tapi saya suka and memang cari PJs Thaqif mostly kat departmental stores, bila sale memang murah boleh dapat sehelai RM10! Saya sayang nak buang duit beli baju tidur mahal-mahal!

Lain pada tu FOS pun ok jugak, banyak sangat rompers and t-shirt jual kat sana. I love to buy baju-baju siang Thaqif kat FOS, good deal! Brand Outlets banyak jugak yang comel-comel baju-bajunya tapi kadang tak padan baju dengan harganya, knowing its outlet goods kan.

Last but not least, Mothercare. It's one of the best places to search baby and mommies' products which is of good quality and long lasting! Malas nak cakap banyak sebab rasanya ramai pun dah tau. Saya suka pi sana especially time sale! Good deal betul! Dengar cerita yang dekat Bangsar and Subang Parade yang paling best.

Mothercare is on sale from 4th to 27th March!
Up to 60% off. Let's go!

Okla, panjangnya entry sebab sebenarnya I am so head over heels in lurve with this kind of boutiques. I wish that I could have my own baby and mommy's boutique one fine day!

What's your favourite boutique?



 

Blog Template by YummyLolly.com - Background image by Jen Furlotte