Wednesday, March 16, 2011

Breastfeeding Itu Bukan Senang, Tapi...

Hello. Kisah breasfeeding lagi? Bosankah? Hehe. Mau cerita sikit. Hari tu diuji bila production jadi low and sebenarnya rasa macam masih low tapi dapat the same amount sebab dah increase pumping sessions. Maksudnya kena kerja keras sikit. Dari 3 kali sehari (2 kali di office, sekali di rumah waktu malam) ke 4 atau 5 kali sehari sekarang. Tak apa la kerja lebih sikit sebab rata-rata baca kalau lebih kerap pump production susu akan meningkat.

Beberapa minggu lepas diuji lagi. Tiba-tiba tumbuh macam pimple di nipple. Mula-mula tak perasan tapi bila Thaqif breastfeed rasa macam sakit, esoknya tengok ada macam pimple. Since pimple biasanya ada air atau nanah dalamnya, PinkGremlin stop breastfeeding untuk that side. Maknanya direct breastfeeding hanya dengan sebelah sahaja. Tapi pump tetap kena pump kan. Selain boobs akan bengkak, mana pulak nak dapat bekalan EBM untuk Thaqif while I was at work kan. Stock frozen EBM saya tak banyak.

Setiap kali pump, PinkGremlin akan monitor kalau-kalau pimple tu burst. Jumpa doctor dia bagi antibiotik and cream sapu, dia kata it is common for breastfeeding mommies and it was due to trauma to the boobs. Trauma itu ialah bukan trauma biasa kita, hehe, medical term punya trauma. Masa pump memang sakit and terpaksa lower down the motor. Satu hari yang hening while pumping, the nipple burst, as anticipated. And darah and a little bit of nanah came out. Nampak darah di corong pump and tahu darah or nanah tak masuk ke bottle tapi to be on the safe side, saya terpaksa buangkan susu itu. My fwen cakap ada terbaca susu yang bercampur darah masih selamat tapi takutkan nanah tu. Sedih sangat especially bagi orang yang production "kais". Memang sedih.

Siapa tak sedih kena buang ni?

Lepas dah pulih dari serangan pimple tu yang ambil masa untuk heal, in total dekat 3 weeks kot yang mana sebelah boob sahaja berkhidmat hehe, ada ujian lain menanti saya rupanya. Selama ni di office, saya pump di VIP Dining Room (my division shares the same level dengan CEO, hence the VIP Dining Room) yang sangat cosy and accomodating untuk pumping. Saya biasanya pump di situ and ada officemates yang solat di situ juga. Nak dijadikan cerita, satu hari hening CEO jenguk ke bilik tu untuk tengok the progressing construction site next door yang nampak clear dari bilik tu, kebetulan ada officemate yang tidur sebab sakit perut. Lepas pada tu CEO bagitau pada PA dia, kata tak boleh tidur kat bilik tu, hanya solat. And dengarnya everyday sekarang CEO masuk bilik tu untuk tengok construction site sebelah tu. So terpaksa cari "port" baru untuk pumping session iaitu surau la kan. Bukan tak suka tapinya surau tu partitionnya hanya la dengan kain antara ruang solat lelaki dan perempuan, jadi faham-faham la bunyi machine rumput Medela saya tu kan. Nak tak nak kena la jugak kan. Ujian kecil katanya. InsyaAllah masih kuat bertahan untuk teruskan journey ni, all because of this baby. Hehe. Gambar-gambar selingan di bawah.


Hi Mommy, I lurve your milk! Hehe

Thaqif & Ms Purple. Ms Purple ni
macam mahluk kucing tak ada kaki
je gayanya

Podok mommy tidur

Kesimpulannya, breastfeeding itu bukan senang, tapi...kalau ada kecekalan, semangat, usaha, support, knowledge and determination, insyaAllah diberi kemudahan di jalan itu oleh Allah. Amin. Semoga Allah sentiasa permudahkan jalan saya untuk ini. Amin.

On a lighter note, semalam ke Fabulous Mom masa balik kerja, tujuannya nak beli buku on starting solid food. Hari tu ada beli buku Wardina yang "Mama, Saya Lapar". Bagus dan menarik but I need more. Sudahnya tak ada buku yang menarik, tapi benda lain pulak yang menarik saya. Erkk. Terbeli....Susah nak resist perangkap butik favourite saya ni. Hehe.

My Lovely Closet's nursing blouse


Munchkin's Fresh Food Feeder!
Tak sabar! Hehe

5 comments:

  1. Hai.. i pun baru beli Munchkin's Fresh Food Feeder. x sabar nak try..:)

    ReplyDelete
  2. saya pun dah beli munchkin fresh food feeder hehehe tak sabar ye..
    my production pun drop lately sbb bizi ke site hulu hilir, jadual pumping dah ke laut huhu sedey!!

    ReplyDelete
  3. agree with u. bf bukan senang. kena sgt kuat semangat. sometimes rs nak jer bg fm. tambah pulak bila pikir takut stok tak cukup...

    ReplyDelete
  4. Babe, perlu ke aku bongkar rahsia pro BF kau? Hahahaha....

    ReplyDelete
  5. MyRule: Hi. Rasanya mmg ramai mommies beli Munchkin FFF ni kan. Mcm best jek hehe.

    Juelee: Tu la, kadang schedule keje mmg buatkan pumping sessions lari habis kan! Tapi apa kan daya..

    Azian,
    Aha, semangat paling penting kan..

    Amy,
    What secret? Do I have a secret, no? Hehe

    ReplyDelete

 

Blog Template by YummyLolly.com - Background image by Jen Furlotte