Wednesday, April 27, 2011

Common Sense, Common Courtesy, Environmental Sensitivity, Etc.

First time nak tulis post on the above. Sebab semalam terserempak dengan orang yang jenis tak peduli pasal benda-benda macam ni.

Alkisahnya semalam pagi before pergi CIMB Bank dekat Empire Shopping Gallery untuk buat some report, singgah rumah my parents kejap nak pump sementara tunggu bank bukak. So sebelum pi, singgah pulak beli nasi lemak kat across the road from Subang Parade. Jalan tu sememangnya sempit tapi memang masih ada ruang untuk park kereta properly, cumanya ada kesan-kesan lumpur la sebab yang kawasan kosong tepi jalan nak park atas rumput yang dah membotak.

PinkGremlin bukan nak puji diri tapi memang saya orang yang mementingkan perkara-perkara di atas seperti common courtesy, sensitive sikit terhadap environment etc. Contoh-contohnya senang je, macam we hold the lift door for someone, we open the door for others, when people do the same we never forget to say thank you, jangan buang sampah merata-rata, use reusable shopping bag, bagi laluan dekat orang, bagi orang tua or pregnant ladies duduk dalam train, drive ikut peraturan jalan raya, tak cut queue orang, macam mana panjang pun queue toll still ikut queue, jangan menyusahkan orang like block their cars masa parking, bagi laluan and many more. Walau saya tak la terlalu "taksub" dan amalkan kesemua yang patut, saya amalkan juga sebanyak mungkin supaya tak menyusahkan orang.

So semalam, masa beli nasi lemak tu, saya tak nak park kawasan yang berlumpur sebab tak nak tyre kereta kotor jadi saya perhati sekeliling yang mana tempat boleh park yang tak akan halang jalan orang / sempitkan jalan. Sekali ternampak kawasan depan pagar rumah setentang dengan gerai nasi lemak tu besar sikit and pagar dia pun masih locked (may be owner jenis time kerja lambat kot) so saya sedaya upaya park depan rumah dia yang agak lapang tu and within my sight sebab in case owner nak keluar rumah. Ok, happy sebab tak menyempitkan lorong tu.

Tengah tunggu kakak gerai tu bungkuskan nasi lemak, tiba-tiba berdesup menjalar satu kereta consider gang kereta mewah la (tapi tak la mewahan sangat), terus berhenti tengah-tengah jalan raya depan gerai. Aku dah nak naik hot tengok tu je. Sekali keluar seorang lelaki agak muda, dalam early 40s kot pakai songkok, berjanggut and pakai uniform tulis "Scomi". Gaya turun nampak angkuh (pada pandangan saya la) and terus order nasi lemak macam seolah-olah dia raja kena layan dulu gayanya. Saya tau Scomi memang is a well known oil and gas public listed company and dah tentunya lelaki tu berjawatan besar sebab dari gaya angkuh dia and kereta "almost" mewah dia tu, TAPI jangan lah berlagak tak patut dengan park kereta kat tengah-tengah jalan blocking everyone. He must be fairly educated I think tapi perangai tu menyampah tengok. Come on la, dia pun tau jalan tu kecik and sempit so fikirla sikit.

Ini yang PinkGremlin sangat tak suka baik apa kaum sekali pun. Tak kira kaya or miskin. Benda-benda macam ni pakaila common sense anda. Timbang rasa anda. Sensitivity anda. Setiap agama bukan sahaja Islam menganjurkan sifat-sifat mulia ni, jadi amalkan lah. Subject Pendidikan Moral kat sekolah pun ada semua ni (pernah tengok buku kawan-kawan masa sekolah dulu). Come on la. Jangan sia-sia kan otak dan fikiran yang Allah berikan.

PinkGremlin selalu "sembang" dengan Thaqif and cakap "jangan jadi macam tu macam ni bila dah besar ya" especially kalau tengah drive and ada perlakuan driver lain yang menyakitkan hati. Dengan harapan Thaqif membesar menjadi orang yang mengamalkan sifat-sifat mulia ni.

Eishh geram aku denga lelaki Scomi tu, macam dia je bagus!

Note: On being sensitive to environment, bila PinkGremlin nak switch from disposable diapers to cloth diapers oiii? Huhu, bila semangat aku nak kuat untuk spend time membasuh ya..Huhu..

Monday, April 25, 2011

Happy Happy

Setelah 3 hari di rumah menjaga Thaqif, hari ni ada rasa extra miss kat dia. Lagipun lama dah tak letak gambar Thaqif banyak-banyak dalam ni. So hari ni mood nak letak gambar Thaqif. Mommy misses you baby!


Bukan main lagi suka sangat
dengan remote control

Thaqif suka sangat tidur
in this position (badan baring betul
tapi semata  kepala senget)

Belum dapat duduk properly,
kena tampung dengan tangan sebelah
hehe

Last Saturday kat Chillis,
makan molten, yummy!!!


Mommy yang tak ada kerja! Hehe

Mata bila terkena flash, hehe

Eh, tersesat pulak gambar walid Thaqif!
To MS, thanks a million for
your patience, understanding,
ears, understanding, kindness and
$$. Haha.
(see 2 times of understanding..
MS sangat understanding dalam
banyak hal, especially in my motherly
development). Thanks!

Thursday, April 21, 2011

Adakah Mampu?

Sudah agak lama tak update blog. Sebabnya, sangat busy, penat, nak pengsan, semua ada. Hehe. Tapi paling sangat ialah busy. Busy di mana? Di office.

Sekarang dah officially take over kerja external lawyers. Company saya dah decide buat in house untuk construction legal advisory. Daripada dulunya kerja yang banyak masa nak bersantai, now it has totally changed. I would say back to square one (hehe sebab dah jadik macam masa practise dulu, worked like a dog kata orang). Ni yang tak best. Hmmm, memang saya yang sangat teruja nak be part of the team buat construction legal advisory dulu sebab saya tak suka buat kerja yang routine. Tapi tu dulu la, excited. Hah, tapi bila dah jadi mommy and hidup dah tukar 360 degrees, memang rasa tak syok la bila kena work like a dog macam dulu. Hehe.

Penat. Penat. Penat.

This new portfolio of mine, I have zero knowledge. Masa study dulu tak ada pun buat construction law. Masa practise dulu pun tak buat ni. So, I have to work hard now. Dengan mata yang sleepy, badan penat uruskan baby and rumahtangga, kat office kena baca, baca dan baca dan analyse dan layan segala construction issues that need legal advice from our division. Penat. Nak concerntrate memang payah sebab penat.

Persoalannya mampukah PinkGremlin nak buat tu semua plus bekejar cari time pump lagi, rush balik lagi and so on. Berapa lama dapat saya bertahan? 





 Gambar-gambar masa attend
salah satu course on construction
legal issues. Macam time study
dulu-dulu pun ada perasaannya.

At work

Hmm nak balik sharp jam 5 petang memang jangan mimpi dah la. Nak jalan-jalan kat Tesco, Giant, Fabulous Mom and etc on the way back pun jangan mimpi dah. Semuanya tak sempat dah. Sobs. Sobs.

Today!


I AM SO TIRED!

Thursday, April 14, 2011

Girls' Day Out

Last Sunday while MS was away on a treasure hunt trip to JB with his workmates, I had my girls' day out with my BFFs, Suhana and Mazlina at Sunway Pyramid. Reason for picking Sunway Pyramid as opposed to One Utama which is our usual spot was because I was scared to drive alone with Thaqif in the car seat all the way from Subang to One Utama! Lately ni dia dah mula buat perangai sikit bila duduk dalam car seat lama sikit. Hmmm..

Seronoknya la dapat jumpa mereka after 4 months! The last time I met them was when they visited me after giving birth to Thaqif, masa pantang pun. Lepas tu tak jumpa sebab busy and Thaqif was too small. So sekarang Thaqif dah 6 months, dah besar sikit so senang sikit. And I suceeded in the following (major achievement for me!):

1. Park kereta kat Sunway Pyramid dengan Thaqif in the car seat (nasib parking terus dapat! and tak berpusing mencari);
2. Pasang stroller sendiri tanpa bantuan (ini kerja MS sejak Thaqif dibawa berjalan since 3 months old);
3. Bawak stroller turun naik dengan escalator
4. Bersantaian dengan jayanya dengan BFF with Thaqif without MS' help!

So hari tersebut berjalan dengan bestnya! We were attacked by shopping madness in Esprit, semua salah Mazlina sampai Suhana and I "tersangkut" beli juga tanpa niat! Suhana lagi teruk tersangkut dengan hasutan Mazlina beli pulak kasut kat Elle lepas beli 2 handbags kat Esprit! Nasib la PinkGremlin tak suka and tak boleh nak pakai heels or kasut keras-keras buat masa sekarang ni, kalau tak harus aku pun sangkut beli kasut tanpa niat!

The best thing was that eventhough I wasn't assisted by MS to handle Thaqif, I had 2 loyal and ad hoc assistants on that day! Anak-anak Suhana, Ahmad Uzair and Ahmad Darees helped me with Thaqif! Diaorang melayan Thaqif, Thaqif happy sangat gayanya ada "gang".

Kat bawah gambar-gambar kat tempat kejadian untuk tatapan. Hehe.






Bukan mad cow disease. Tapi
shopping madness menyerang!


 

Thanks to 2 ad hoc assistants of mine!
Cute je mereka dengan Thaqif.
Nak tau last-last Syed Thaqif Shah bertukar
jadi "Ahmad Thaqif", macam mereka
berdua!! Jadik adik diaorang pulak.
I heard both of them called Thaqif
Ahmad Thaqif! Hehe!!! Comel!

My BFFs- Suhana & Mazlina








We had lunch at Tarbush. I like the place! The ambiance was perfect. Would definitely go there again, tapi...saya tak berapa suka sangat dengan makanan Arab.

The big sling bag I bought from
Esprit hasil hasutan Mazlina!
Lepas ni nak try bawak bag ni
instead of a knapsack, isi barang
Thaqif.

Thursday, April 7, 2011

Frozen Solid Food For Thaqif Shah

Hari ni mau cerita pasal jadi chef untuk Thaqif. Sian MS. Kalau untuk Thaqif, mommy ni sanggup tidur lambat, tapi kalau nak masak for MS, kenapa asyik tak "termampu" ya? Tak apa la, itu cerita lain. So ini adalah hasil preparation makanan Thaqif yang dibuat malam semalam.

Menu: Pumpkin Puree

Diced pumpkin

Rebuskan dengan air yang sikit untuk
kekalkan khasiat pumpkin, better steamkan

Hasil rebusan yang sekejap saja

Masukkan dalam blender. Nak
sejukkan dulu pun boleh tapi makanan
tak boleh di expose kat luar for more
than 2 hours if your intention
is to freeze the food

Ready to be blended

Diced pumpkin dah menjadi puree

Masukkan dalam ice cube tray with lid
dan masuk dalam freezer bila dah
sejuk. Comotnya keje

Lepas dalam freezer semalaman,
puree dah beku membentuk cubes.
Tak silapnya each cube equals to
approximately 1 oz

Sebab dah tak ada tupperware/container
extra, terus letak dalam ziplock

Now frozen pumpkin puree join gang frozen
puree yang lain such as plum, potato,
sweet potato, apple, pear & carrot. Saya
labelkan date penghasilan untuk
monitor expiry date

So far Thaqif dah pernah makan puree banana, avocado, pear, apple, sweet potato and potato. Biasanya PinkGremlin bagi puree campur EBM for texture thining purpose and also for familiarity. Awal-awal bagi fruits and memang Thaqif suka, lepas tu tiba-tiba takut Thaqif suka "kemanisan" and akan reject vegetables sebab tak manis, tapi so far so good, dia tak reject sweet potato and potato walau mulanya dia buat muka pelik sebab tak manis la kot. Hehe. Next will be pumpkin before starting fruits puree again yang nak campur dengan raisins puree pulak. My favourite source is here.

Monday, April 4, 2011

Orang Yang Obses Dengan Ziplock

Inilah realitinya. Saya obses dengan ziplock. Saya panggil ziplock la senang walau dia ada banyak nama. Sangat penting dalam kehidupan harian saya selain sunwrap. Ah memang menyenangkan sangat. Mari tengok penggunaan ziplock saya seharian. Bukan untuk food storage je, segala macam benda saya asyik gunakan ziplock ni. Memang makhluk ziplock! Hehe.

Thaqif's pureed food, dah letak puree cubes
dalam container masih nak masuk
dalam ziplock lagi! Obses! Hehe

Sebabnya ialah ada pureed food yang
cepat menyerap bau makanan lain
yang disimpan dalam fridge/freezer
such as sweet potato, so walau dah
letak dalam container, saya masuk pulak
lagi dalam ziplock. Hehe. Memang obses!

Bekal Thaqif bila hantar rumah MIL.
Puree cube yang diturunkan dari freezer
masih letak dalam ziplock kan!
(mind the spelling hehe)
 
Raisin makan kat office

Breastpads letak dalam
handbag pun kena ziplock kan. Haha,
teruknya si obses ni.

Breastpump part yang dah siap
sterialised pun podok dalam
ziplock kan!

Hasil EBM pump kat office masuk
dalam ziplock before masuk fridge kat
office sebab takut EBM ni terserap bau
makanan lain dalam fridge. Dulu mereka letak
 kek durian la, keropok lekor la dalam
fridge, takut EBM ni tersedut bauan tu
semua. Jalan paling selamat, masuk
dalam ziplock lagi! Hehe

La, teehter Thaqif yang dah basuh
pun dalam ni??


Inilah pilihan saya, yang atas size besar sikit,
yang bawah ni smaller size. Ziplock ni takkan
putus supply nya kat rumah sebab si obses
tu kan. Haha.

 

Blog Template by YummyLolly.com - Background image by Jen Furlotte