Wednesday, April 27, 2011

Common Sense, Common Courtesy, Environmental Sensitivity, Etc.

First time nak tulis post on the above. Sebab semalam terserempak dengan orang yang jenis tak peduli pasal benda-benda macam ni.

Alkisahnya semalam pagi before pergi CIMB Bank dekat Empire Shopping Gallery untuk buat some report, singgah rumah my parents kejap nak pump sementara tunggu bank bukak. So sebelum pi, singgah pulak beli nasi lemak kat across the road from Subang Parade. Jalan tu sememangnya sempit tapi memang masih ada ruang untuk park kereta properly, cumanya ada kesan-kesan lumpur la sebab yang kawasan kosong tepi jalan nak park atas rumput yang dah membotak.

PinkGremlin bukan nak puji diri tapi memang saya orang yang mementingkan perkara-perkara di atas seperti common courtesy, sensitive sikit terhadap environment etc. Contoh-contohnya senang je, macam we hold the lift door for someone, we open the door for others, when people do the same we never forget to say thank you, jangan buang sampah merata-rata, use reusable shopping bag, bagi laluan dekat orang, bagi orang tua or pregnant ladies duduk dalam train, drive ikut peraturan jalan raya, tak cut queue orang, macam mana panjang pun queue toll still ikut queue, jangan menyusahkan orang like block their cars masa parking, bagi laluan and many more. Walau saya tak la terlalu "taksub" dan amalkan kesemua yang patut, saya amalkan juga sebanyak mungkin supaya tak menyusahkan orang.

So semalam, masa beli nasi lemak tu, saya tak nak park kawasan yang berlumpur sebab tak nak tyre kereta kotor jadi saya perhati sekeliling yang mana tempat boleh park yang tak akan halang jalan orang / sempitkan jalan. Sekali ternampak kawasan depan pagar rumah setentang dengan gerai nasi lemak tu besar sikit and pagar dia pun masih locked (may be owner jenis time kerja lambat kot) so saya sedaya upaya park depan rumah dia yang agak lapang tu and within my sight sebab in case owner nak keluar rumah. Ok, happy sebab tak menyempitkan lorong tu.

Tengah tunggu kakak gerai tu bungkuskan nasi lemak, tiba-tiba berdesup menjalar satu kereta consider gang kereta mewah la (tapi tak la mewahan sangat), terus berhenti tengah-tengah jalan raya depan gerai. Aku dah nak naik hot tengok tu je. Sekali keluar seorang lelaki agak muda, dalam early 40s kot pakai songkok, berjanggut and pakai uniform tulis "Scomi". Gaya turun nampak angkuh (pada pandangan saya la) and terus order nasi lemak macam seolah-olah dia raja kena layan dulu gayanya. Saya tau Scomi memang is a well known oil and gas public listed company and dah tentunya lelaki tu berjawatan besar sebab dari gaya angkuh dia and kereta "almost" mewah dia tu, TAPI jangan lah berlagak tak patut dengan park kereta kat tengah-tengah jalan blocking everyone. He must be fairly educated I think tapi perangai tu menyampah tengok. Come on la, dia pun tau jalan tu kecik and sempit so fikirla sikit.

Ini yang PinkGremlin sangat tak suka baik apa kaum sekali pun. Tak kira kaya or miskin. Benda-benda macam ni pakaila common sense anda. Timbang rasa anda. Sensitivity anda. Setiap agama bukan sahaja Islam menganjurkan sifat-sifat mulia ni, jadi amalkan lah. Subject Pendidikan Moral kat sekolah pun ada semua ni (pernah tengok buku kawan-kawan masa sekolah dulu). Come on la. Jangan sia-sia kan otak dan fikiran yang Allah berikan.

PinkGremlin selalu "sembang" dengan Thaqif and cakap "jangan jadi macam tu macam ni bila dah besar ya" especially kalau tengah drive and ada perlakuan driver lain yang menyakitkan hati. Dengan harapan Thaqif membesar menjadi orang yang mengamalkan sifat-sifat mulia ni.

Eishh geram aku denga lelaki Scomi tu, macam dia je bagus!

Note: On being sensitive to environment, bila PinkGremlin nak switch from disposable diapers to cloth diapers oiii? Huhu, bila semangat aku nak kuat untuk spend time membasuh ya..Huhu..

No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com - Background image by Jen Furlotte