Tuesday, May 24, 2011

2nd Year Wedding Anniversary - Part 1

Hello.

Semalam, 23 May 2011 adalah second year wedding anniversary kami. Wah, tak sangka pejam celik pejam celik dah 2 tahun kahwin! Rasa kejapnya masa berlalu. Hari tu kahwin, lepas tu pindah masuk rumah sewa, lepas tu sign agreement beli rumah, lepas tu preggie, lepas tu pergi check up berbulan-bulan, lepas tu masuk rumah baru, lepas tu berpuasa sambil preggie, lepas tu kena c-sect keluarkan Thaqif, lepas tu jalani confinement yang sangat tak suka, lepas tu masuk kerja, lepas tu hah, dah 2 years together?? Really, how time flies!

Hah, cerita pasal wedding anniversary ni, kali ni PinkGremlin saja nak cerita pasal macamana kami bertemu jodoh. Masa tu September 2004, saya ke Redang Island untuk KLBar punya trip. Masa tu masih buat chambering and single dah 2 or 3 years, hehe. So masa kat sana, I stayed close to Vanissa, my collegue sebab tak kenal sangat all the others in the group and memang malas nak mingle around hehe. It was a 3 days 2 nights package tak silapnya. Masa sampai tengok sederhana keramaian pengunjung hotel tu, tak ingat nama. Tapi macam tak berapa nak ada muda mudi. Hehe. Then dalam salah satu hari ni saya terperasan a group of guys ala-ala sebaya saya (terperasan ke or memang sibuk pandang sana sini hehe). First time terperasan masa time makan kat dining place hotel tu. Then the same night terperasan masa kat open karoke. Esoknya terperasan lagi masa habis jungle tracking and kat beach.

Saya perasan ada dalam 6 ke 7 orang macam tu in the group. Yang saya perasan sangat this very cute looking guy dalam group tu. Memang manis macam gula muka dia. Hehe. So sejak terperasan dia, asik tercari-cari dia. Memang cute. Sambung lagi asik terperasan sampaila kat mana-mana pun ternampak dia. Cute habis. Entah macam mana satu petang tengah sembang-sembang dengan my immediate boss (masa chambering tu la), Mr Peter tanya apa tah tiba-tiba saya kata saya interested nak kenal dengan that guy (sambil tunjuk sicomel yang duk lepak kat beach masa tu). Mr Peter sangat close dengan saya and sangat sporting. Dia pun approached that group malam tu jugak untuk bersembang-sembang and bawa balik info kepada saya, pasal that cute guy. Kata Mr Peter group tu dari Subang Jaya age sekian-sekian (hah dalam hati sangat riang ria sebab hah, dari Subang jugak??).

Malam tu jugak that cute guy "approach" saya untuk sembang-sembang. Actually dah lupa macam mana boleh terjadi kejadian dia approach tu. Rasanya Mr Peter bagitau saya interested ke macam mana tak ingat. Bila sembang-sembang, saya rasa hmmm dia ni cute aje tapi macam tak boleh nak click aje. Tapi we still exchanged contacts. Yang pasti dia memang cute. Haha.

Bila sampai KL, dalam 2 days after the trip that guy called me up ajak minum kat depan rumah parents saya (masa tu Gazebo kat SS15 masih ada), so saya and my cousin pergilah. That guy datang dengan kawan dia seorang, and bila ingat-ingat balik kawan dia ada masa kat Redang tu tapi tak berapa nak perasan. Kami sembang punya sembang punya sembang entah macam mana end up saya banyak sembang dengan kawan that guy and cousin saya sembang banyak dengan that guy. I found him to be easy to talk to walau dia bukan banyak cakap sangat pun. Nama dia Mahathir. Sama dengan PM lama kita.

Sejak dari malam tu saya keep in touch dengan that guy and lepak regularly dengan mereka sebab rumah pun tak jauh.Tapi that guy kerja dekat Sepang and only comes back during weekends. Mahathir tu memang selalu ada and saya and cousin selalu jugak lepak bertiga dengan Mahathir tu.

Lepas habis chambering saya rest 3 months and selalu pi jogging dekat lake kat SS 12 dengan Mahathir ni. Dia ni kaki senaman. Haha. Jogging punya jogging, saya sudah jatuh suka sama Mahathir ni. Tapi susah sikit sebab dia jenis tak peduli and "ketat" sikit orangnya. Tapi saya lagi tak peduli, nak jugak suka kat dia. Dari awal saya dapat detect dia ni jenis tak boleh dilepaskan. Maksudnya, jenis yang boleh pakai. Jenis yang responsible. Jenis yang baik. Jenis yang jaga solat. Jenis yang kelakar. Jenis yang bijak. Jenis yang takde hal. Berjenis-jenis la. Yang pasti, jenis yang I should not let go. Haha.

Lepas pada tu kami memang kerap lepak berempat dan saya lepak berdua pun banyak. And cara Mahathir ni layan saya pun macam "special" je, so saya rasa sungguh happy and bahagia masa tu. Tapi sampai sudah dia tak tanya nak jadi special girlfriend pun. Saya jenis tak boleh nak faham-faham sendiri. Saya suka ditanya, official kan relationship tu. Sampai satu takat saya tanya dia apa sebenarnya relationship ni. And shortly after that, the same day, dia datang bawak flowers and "propose" me to be his special girlfriend. Ah, pucuk dicita ulam mendatang. It was on 14 February 2005. Kami berkawan sampai tahun 2008 pastu merisik and kahwin in 2009.

To my beloved Mahathir Shah (MS), I am so blessed to take this journey with you and I will do it over and over and over again if I had to. I lurve you. Happy anniversary.

P/S: That cute guy jadi bestman MS masa kami kawin. Hehe.



Gambar-gambar masa honeymoon. Tu ada
inai di jari kaki. Hehe. Ayo I missed that
moments.


1 comment:

  1. happy 2nd year anniversary eda...moga kekal hingga ahir hayat...

    don't forget our date this friday lunch time kay...

    nadia

    ReplyDelete

 

Blog Template by YummyLolly.com - Background image by Jen Furlotte