Wednesday, May 11, 2011

Peranan Husband Di Dalam Penyusuan Ibu

First of all, Happy Birthday
to the man I lurve.
Sorry for not wishing you
earlier (in here).
I always and will always look
forward to seeing you
every single day when
my day at work ends.


Apakah peranan seorang suami di dalam perjalanan penyusuan ibu kepada anaknya?

Soalan di atas memang biasa didengar, dilontar, dirungut dan dibincangkan di kalangan ibu-ibu yang BF. Dan pujian-pujian sentiasa akan diberikan kepada sang suami yang sangat-sangat support isterinya untuk BF, yang menolong dari pelbagai segi untuk menjayakan perjalanan BF isterinya, yang akan tolong di sana sini untuk meringankan "beban" isterinya dan tak kurang juga yang turut aktif menyumbang dalam perjalanan BF isterinya dari segi emosi, wang ringgit dan macam-macam lagi. 

Tapi hakikatnya, ramaikah husband yang "all out" atau yang memahami perjalanan BF isteri tadi? Rasa-rasanya masih ramai husband yang "suam-suam kuku" (hehe) dalam perkara ni kan. "Suam-suam kuku" saya ni maksud dia, ramai husband yang tak tahu tentang ilmu penyusuan secara penuh walau menyokong isteri BF anaknya dan ramai jugak husband yang kena "paksa" atau diheret ke kelas penyusuan oleh isteri dan bukan pergi secara rela, betul? Hehe.

Pada pendapat saya, peranan husband dalam menjayakan perjalanan penyusuan ibu adalah paling crucial. Ibu yang BF sangat-sangat memerlukan segala sokongan yang ada. Nak harap family, ada jugak orang-orang yang lebih tua masih tak faham atau menyokong BF kerana kurang pendedahan dan masih bertakuk kepada kepercayaan lama, jadinya harapan yang sangat tinggi tergantung pada sokongan dari husband, siapa lagi kan?

Jadinya, husband ni perlu la bukan saja menyokong dari segi emosi mahupun wang ringgit (belikan the best breast pump in the market contohnya hehe, belikan storage bottles banyak-banyak, belikan nursing cover yang cantik-cantik, nursing attire dan lain-lain hehe) tapi menyokong dari segi ingin tahu dan ambil tahu tentang penyusuan ibu. Maksudnya, bukan saja ibu-ibu saja yang mendalami ilmu penyusuan, husband juga sangat perlu mendalami ilmu yang sama.

Husband saya, MS menyokong sangat BF. Ingat lagi time lepas bersalinkan Thaqif, bila nurse tanya kami nak bagi susu ibu sepenuhnya atau nak campur FM, MS dengan lajunya cakap kat nurse tu "susu ibu sahaja!" Hehe. Sampai situ saja sokongan dia? Tidak. MS ringan tulang menolong dalam kerja-kerja rumah sebab tau saya selalu "terikat" ketika BF Thaqif especially time lepas balik kerja. MS tukang masak (dulu la, sekarang dia pun dah pencen sebab penat hehe), MS tolong iron baju semua, MS basuh and sidai baju, MS basuh toilet, MS cuci rumah antaranya. Itu tanda sokongan MS. Sokongan wang ringgit ada juga sikit sebanyak. Tapi...dalam mendalami dan memahami ilmu-ilmu BF? Kurang. Suruh baca articles tentang BF, haram...Hehe. Ajak pergi kelas BF, jangan mimpi nak ikut dengan rela. Haha.

Tapi..

Dah jadi kebiasaan kami, kami ada "short quality time" together dalam kereta everyday on the way back from rumah MIL ambil Thaqif ke rumah kami. Dalam kereta ni la kami bersembang sakan sebab biasanya jejak je rumah macam-macam tugas menunggu. So terlalu banyak kali saya akan transfer segala ilmu BF yang saya dapat dari pembacaan kat internet or discussion dengan kawan-kawan pada MS (dengan sangat excited sebab sentiasa dapat ilmu BF baru, gaya suara masa cerita kan pada MS sangat excited hehe). MS jarang bagi feedback, dia selalu nampak diam saja, sekali sekala je mencelah. Pada pandangan saya dia masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Sehinggalah..

Sehinggala dia boleh cite balik apa yang saya ceritakan tentang penyusuan ibu selama ni kepada kawan-kawan dia yang baru masuk alam fatherhood dan siap boleh "suruh" lagi all the fathers to support isteri-isteri mereka to BF their babies! Dan sehinggalah dia boleh "bersyarah pendek" pada emak dia tentang kebaikkan BF.

Sungguh, saya terkejut. Rupa-rupanya yang "masuk telinga kanan keluar telinga kiri" tu salah rupanya. Saya salah sangka.

Saya cuma berharap, MS akan terus begini dan memperluaskan lagi peranannya dalam perjalanan penyusuan saya di masa kini dan akan datang.

Anda bagaimana?

2 comments:

  1. hubby mmg mainkan peranan penting kan dalam BF nie?? huhuhu seb bek la hubby saya walaupun tak tau sangat tapi die tetap sokong BF ni

    ReplyDelete
  2. bagusnye... tak sangka dalam dgr tak dgr tu sbnrnye die amik jugak ilmu tu kan... :)

    p/s: pls grab ur award @ nieza nyer page -> http://nieyxzhazlan.blogspot.com/2011/05/friendship-award-from-me.html

    ReplyDelete

 

Blog Template by YummyLolly.com - Background image by Jen Furlotte