Thursday, June 30, 2011

Blogshop - Branded Baby & Kids Clothing By nushnushh

This is a sticky post. Scroll down for new posts
Hi, my sister and I have just launched our
blogshop. Please do come and
visit our blogshop!
Thanks & Happy Shopping!

Visit


Monday, June 27, 2011

ASI

ASI- Air Susu Ibu

Ada apa yang istimewa dengan ASI? Terlalu banyak and dari apa yang PinkGremlin baca kat internet, manufacturer formula-formula masih lagi mengkaji-kaji and mencari-cari untuk cara untuk memperbaiki formula supaya setanding dengan ASI. Kedengaran mustahil kerana ASI adalah ciptaan unik Allah tetapi siapa tahu dengan kuasa Allah juga mereka berjaya "meniru" hampir sama komponen-komponen ASI. Apa-apa pun, mari tengok apa istimewanya ASI ini.

Picture- Credit to Juelee
+
Bonding between baby and mommy

Kedengaran macam tak terbeli di mana-mana keistimewaan ASI ni bukan? Memang tak terbeli sebab tak ada dalam mana-mana formula setakat ni. Ini tak bermaksud PinkGremlin merendahkan formula ya, tak sekali-kali saya berfikiran begitu kerana Thaqif juga ada diberi formula walau macamana sekali pro (tak sampai taksub ke? hehe) nya PinkGremlin terhadap breasfeeding ya (tak mau cerita sebab tak suka nak cerita hal formula dan Thaqif) dan PinkGremlin juga anak formula ya. Tapi, in my humble opinion, seseorang wanita yang dianugerahkan dengan kehadiran ASI, selagi boleh dan mampu, paling baik ialah meneruskan breastfeeding sehingga sepatutnya. Rugi jika berhenti tanpa usaha. Apa-apa pun, PinkGremlin juga masih cetek ilmu tentang ASI, masih mengkaji and sentiasa belajar.

Bukan senang perjalanan breastfeeding anak. Itu satu kenyataan. Pasti ramai yang menyokong kenyataan ni. Tapi macam mana pusing sekali pun, saya cuba berusaha selagi mana mampu untuk beri Thaqif ASI. Actually entry ni nak ceritakan apa yang dilalui saya dalam perjalanan breastfeeding ni, lebih kepada my encounters with strangers during this journey.

Sejak kena pump di surau selepas kejadian ni, ramai orang yang saya terjumpa yang komen, menanya dan bersembang pasal breastfeeding ni dengan saya. Senang saya buat dialog la ya :)

Kejadian 1-
Kakak X: (Kakak ni pandang kita dengan tersenyum and penuh minat masa kita pump)
             Hmmm, saya dapat bagi susu badan kat anak sampai 6 bulan je, anak dah berapa
             bulan?
Pink     : Anak saya dah 8 bulan
Kakak X: Tu la, saya dapat bagi 6 bulan je (tak bagitau apa reason, kedengaran macam
             suara agak terkilan dan dia asyik pandang kita macam penuh minat sangat)
Pink     : (Senyum sambil terus pump sebab nak cepat balik hehe)

Kejadian 2-
Makcik cleaner: Baru beranak ke?
Pink               : Aaa, anak dah 8 bulan
Makcik cleaner: Bagus la bagi susu badan, kalau elok sampai 6 bulan kira bagus dah
Pink               : Aha cik
Makcik cleaner: Tu la, bagus susu badan ni, hmm cucu acik ntahla, sebab minum susu lembu
                        ni susah la nak cakap, pantang kena tegur, melawan...
Pink               : (Senyum tak berani komen)

Kejadian 3-
Pink            : (Dicuit bahu dari belakang masa sedang pump)
Adik preggie: Kak, nak tanya sikit ni, tengok akak pump ni
Pink            : Aha apa ya?
Adik preggie: Akak beli pump ni kat mana ya?
Pink            : Oh, ni kat kedai parenting/breastfeeding
Adik preggie: Berapa ya?
Pink            : Ni kita beli masa sale kat Babyjaya dalam RM400 macam tu
Adik preggie: Ni brand apa ya? Saya nak untuk anak nombor 2 ni..
Pink            : Ni Medela, tapi kalau lagi bagus amik yang boleh double pumping
(panjang lagi conversation ni sebab adik ni sangat berminat dengan pump and kami bersembang tentang blog BF mommies dan parenting stores diakhiri saya mintak dia bagi email address supaya saya boleh forward kan list parenting/breastfeeding stores untuk dia)

Kejadian 4 (bukan di surau ye hehe)-
Doctor wanita : (bawa Thaqif ke clinic sebab demam) Baby breastfeed?
Pink               : Aha, breastfeed
Doctor wanita : Bagus, kalau boleh terus sampai 2 years ya. Saya ada nak share sikit apa
                       yang saya pernah dengar, tak tahu ya ke tidak tapi dikatakan kena
                       breastfeed sampai anak 2 years, kalau tak dituntut nanti
Pink               : Oh ye ke doctor?
Doctor wanita : Ni yang saya dengar la, tak tau sahih ke tidak (sambil senyum)

Hah, seronok kan ramai orang yang dah aware pasal kebaikkan BF dan ASI ni. Dan kadang-kadang dah rasa macam dah jadi the in trend pulak sekarang ni. Kalau nak ingat-ingat balik, saya memang niat nak BF Thaqif sejak sebelum dia lahir. Sebab, saya memang dah biasa tengok my sis BF kedua-dua nephews saya. Dah biasa tengok dia handle EBM. Dah biasa tengok pump dia. So memang saya niat nak BF Thaqif. Dan mak saya sangat pro BF walau kami anak-anak dia boleh dikira anak FM. Hehe. So naturally, saya memang nak BF Thaqif.

Sayangnya, ilmu yang saya dapat dari tengok kakak saya tak cukup. Silap saya tak kaji habis-habisan masa preggie dulu. Saya tak beli pun pump sebelum beranak. Saya pinjam Avent manual kakak saya sebab takut susu saya ni "sikit". Sekarang dah banyak baca dah tau dah kalau susu "sikit" macamana usaha nak diambil. Dah tau BF myths.

If I could turn back the time, I would do the following:

(1) Read and read and read on BF info like all the time masa preggie
(2) Invest in a good electric pump before bersalin
(3) Buy all the necessary items like storage bottles, ice packs, cooler bag etc masa pregnant / awal-awal (hari tu beli masa sebelum naik kerja)
(4) Gunakan ilmu yang didapati untuk "educate" parents, PIL etc so kita boleh bust all the BF myths yang orang-orang tua selalu bagitau hingga kadang-kadang ada sedikit "merosakkan" kepercayaan kita pada BF / perjalanan BF
(5) Would have never engaged the service of a confinement lady who doesn't know a thing about BF!

Any how, saya bersyukur kerana dapat bagi Thaqif ASI sampai sekarang, hendaknya Allah makbulkan la doa saya nak BF Thaqif sampai 2 years. Amin. Saya memang suka "hasut" adik-adik/kawan-kawan yang preggie sekarang ni untuk BF. Semoga BF akan menjadi amalan pada semua ibu-ibu. Moga-moga Allah berikan kesenangan kepada semua ibu-ibu dalam perjalanan BF ni.
Syukron Allah kerana memberikan saya peluang untuk merasakan pengalaman paling berharga ini...

Friday, June 24, 2011

Mata Duitan

Lama dah tak ada entry kan. Bukan takde cerita, tapi agak busy kat office and kat rumah. First of all, terlambat sikit but:

Happy Father's Day to MS a.k.a walid!

He may not be the greatest father..
but certainly he's the
greatest father to Thaqif :)

Walid yang rajin suap Thaqif
makan bila kat luar
(tapi sebenarnya sebab walid
dah lahap makan dulu, so
time mummy makan la dia
suap Thaqif makan hehe)

Other than that, hah banyak benda yang berlaku. Hai, pergolakan di office pun iya. Saya ni employment based on contract basis and "supposedly" our company hires employees on contract basis due to the employee's "expertise" (so-called experts hah!) and hence these people are "highly paid" (again so called highly paid!). As of this year contract employees dah tak dapat company bonus or performance bonus kerana katanya dah masuk sekali dalam gaji yang "tinggi" tu. Harammm. And permenant employees are said to be earning lower salary than the contract employees. Sekali tau-tau staff baru masuk yang dapat permenantship sekali gaji sama dengan kami! Plus dapat bonus and anual increment. Siapa tak sakit hati!

Anyway, bukan nak cerita tu sangat, nak cerita pasal "mata duitan". Anda semua mata duitan tak? Saya mengaku saya memang sangat mata duitan. Bukan mata duitan as in kejar laki kaya buat jadi suami, tapi mata duitan yang gila-gila nak kejar gaji banyak. Ya, memang saya mata duitan, sebab apa? Sebab cost of living kat negara ni makin "keji". Barang asik-asik naik harga, bahan mentah naik, minyak naik, electric tariff naik, Astro pun nak naik, pendek kata semua la naik. Yang "tak naik" or lembab sangat nak naik is gaji. I just don't get our system la. Beberapa kawan saya yang pernah study di UK selalu cerita dengan 50 pounds dah boleh beli groceries untuk sebulan penuh satu cart. Kalau kita, RM50, dapat apa? Dapat la sekampit beras (cap murah), breeze and softlan. Dah RM50. Macam mana barang-barang toiletries, diapers baby, bahan mentah and lain-lain? Hah, readykan je la dalam RM150 ke RM300 untuk groceries every month betul? Geram aku.

Lagi satu toll penuh keliling ibu negara. Asik kutip duit tapi jalan jam jugak. Beli rumah harga rata-rata mahal, kena pulak bayar stamp duty kat negara lagi. Grrrr, memang geram. Duit duit duit. Macam mana orang tak jadik mata duitan! Bukan tak syukur dengan rezeki sekarang, tapi memang kena think ahead. Especially sejak dah ada anak. Saving for anak, insurance for anak and so many things yang kena chuck aside from monthly salary untuk kesenangan anak. Baru satu anak. So, saya memang rasa tak salah jadi mata duitan and kejar gaji banyak supaya senang dalam menyediakan peruntukkan tu semua, betul?

Berat hati nak tinggalkan company sekarang tapi demi mata duitan ku ini, saya dah ada short term plan untuk ni, apa-apa pun, I'm going to hang in here for a while to at least gain as much exposure and experience from the new portfolio so that I have something extra to offer to the new company. Hai, duit duit.

Ok, untuk membahagiakan diri sendiri hehe, meh la nak tempek gambar baby kesayangan saya ni, dah lagi sikit nak masuk 9 months. Duduk unsupported and crawl and berdiri meniti-niti sana sini semua at the same time, masa awal masuk 7 months hari tu, alhamdulillah syukur. Masih menunggu pertumbuhan gigi pertama dia. Hehe.

My Imam Kecik






Hi aunties, I am wearing a Baby Gap
T-Shirt from my mummy and aunt's
online shop! Cantik kan!
Marilah jenguk 

Monday, June 13, 2011

Kena Himpap & Kejar Dengan Buah...

Erkk..buah apple dah himpap saya la..

Mommy... (mommy tak tau kat mana)

Ada lagi ke yang nak kejar and himpap saya ni?
Jom apple, kita cabut dulu..

Tuesday, June 7, 2011

Single Pumping v Double Pumping

Single Pumping v Double Pumping : Medela Mini E v Modu

Thaqif Shah sudah 8 months :). Mommy nya masih pengepam "tegar" (haha, tegarlah sangat kan). Jadual pump harian dulu masih sama, cuma satu session dah tak buat, iaitu Subuh. Sejak Thaqif dah makan, intake susu yang dahulunya 18oz selama mommy nya pergi kerja dah turun jadi 15oz. Jadinya, mommy nya "escape" untuk pump waktu Subuh. Kalau dulu kena jugak cukupkan 18oz so terpaksa pump Subuh jugak-jugak tapi sekarang bukan tak nak pump waktu Subuh tapi sejak dah start prepare makanan Thaqif masa Subuh, memang time tak cukup langsung! Tambah-tambah pulak Thaqif memang akan bangun untuk BF masa kita sibuk siapkan semua, memang kelam kelibut dibuatnya kalau kena pump jugak waktu Subuh! Jadi sekarang kalau nak kumpul untuk stock kecil-kecilan untuk emergency (maklumlah, PinkGremlin ala-ala production kais, stock tak sampai 100oz), weekend je la nak diharapkan.

Anyway, nak cerita pasal single pumping versus double pumping. Hehe. Pump pertama PinkGremlin beli right after habis pantang ialah Medela Mini Electric. Masa pantang guna Avent Manual pinjam dari my sister. Medela Mini E memang memuaskan hati PinkGremlin. No complaints, at all. Pilih Medela Mini E sebab harga dia and most importantly sebab dia kecik and portable, sikit spare parts nak sterilise and senang usung pi kerja sumbat je dalam bag MLO (bag + cooler bag in one). Masuk kerja after almost 3 months cuti, pakai Medela Mini E memang happy, cumanya it takes about 30 minutes untuk kosongkan kedua-dua breasts. Buat tandem pumping while nursing Thaqif pun mudah, lagi sekali sebab dia kecik and the motor is attached to the pump itself. No long tubes whatsoever. 

Sampai satu takat dah rasa 30 minutes ni has taken up a lot of my time kat office. I normally pump twice at the office, the most is 3 times. With the taking up of a new portfolio kat office, PinkGremlin pun decide nak beli pump yang boleh double pumping untuk pendekkan masa. Masa tu Thaqif dah 6 months. Kebetulan masa tu Farah Farhan @ SaraKids baru launched pump ciptaan gabungan 2 negara, Malaysia and Korea, MODU. Dan ianya warna pink. Jadi PinkGremlin pun suka. Hehe. And masa tu ada promo, RM50 off. Lalu PinkGremlin pun grab la satu.

Modu. First time PnikGremlin experinced double pumping ialah dengan Modu. Rasa kekok sebab berbulan-bulan single pumping tiba-tiba kelam kelibut pegang 2 bottles while double pumping. Mula-mula still tukar-tukar dengan Medela Mini E, lama-lama bila tengok 15 minutes dengan Modu dah dapat kosongkan both breasts, ah terus stick to Modu bila kat office and night session pumping. Medela Mini E masih kesayangan and guna during weekend sebab easier to maneuver while doing tandem pumping/nursing. PinkGremlin prefer bila tandem pumping/nursing (single pump) guna Medela Mini E sebab motor dia attach kat corong pump and no long tubes! Senang!

All in all, ada pros and cons using both pumps. I simply lurve my Medela Mini E because it's small, portable and easy to handle. I prefer Modu for its "shortcut" sessions.

Ah apa yang penting hasilan susu for Thaqif! Pump apa pun guna as long as dapat hasilan yang diperlukan, dah cukup syukur! So far, alhamdulillah hasilan dengan Medela Mini E and Modu sama, sangat syukur :)

Modu yang pink :)

Medela Mini E kesayanganku!


 

Blog Template by YummyLolly.com - Background image by Jen Furlotte