Monday, June 27, 2011

ASI

ASI- Air Susu Ibu

Ada apa yang istimewa dengan ASI? Terlalu banyak and dari apa yang PinkGremlin baca kat internet, manufacturer formula-formula masih lagi mengkaji-kaji and mencari-cari untuk cara untuk memperbaiki formula supaya setanding dengan ASI. Kedengaran mustahil kerana ASI adalah ciptaan unik Allah tetapi siapa tahu dengan kuasa Allah juga mereka berjaya "meniru" hampir sama komponen-komponen ASI. Apa-apa pun, mari tengok apa istimewanya ASI ini.

Picture- Credit to Juelee
+
Bonding between baby and mommy

Kedengaran macam tak terbeli di mana-mana keistimewaan ASI ni bukan? Memang tak terbeli sebab tak ada dalam mana-mana formula setakat ni. Ini tak bermaksud PinkGremlin merendahkan formula ya, tak sekali-kali saya berfikiran begitu kerana Thaqif juga ada diberi formula walau macamana sekali pro (tak sampai taksub ke? hehe) nya PinkGremlin terhadap breasfeeding ya (tak mau cerita sebab tak suka nak cerita hal formula dan Thaqif) dan PinkGremlin juga anak formula ya. Tapi, in my humble opinion, seseorang wanita yang dianugerahkan dengan kehadiran ASI, selagi boleh dan mampu, paling baik ialah meneruskan breastfeeding sehingga sepatutnya. Rugi jika berhenti tanpa usaha. Apa-apa pun, PinkGremlin juga masih cetek ilmu tentang ASI, masih mengkaji and sentiasa belajar.

Bukan senang perjalanan breastfeeding anak. Itu satu kenyataan. Pasti ramai yang menyokong kenyataan ni. Tapi macam mana pusing sekali pun, saya cuba berusaha selagi mana mampu untuk beri Thaqif ASI. Actually entry ni nak ceritakan apa yang dilalui saya dalam perjalanan breastfeeding ni, lebih kepada my encounters with strangers during this journey.

Sejak kena pump di surau selepas kejadian ni, ramai orang yang saya terjumpa yang komen, menanya dan bersembang pasal breastfeeding ni dengan saya. Senang saya buat dialog la ya :)

Kejadian 1-
Kakak X: (Kakak ni pandang kita dengan tersenyum and penuh minat masa kita pump)
             Hmmm, saya dapat bagi susu badan kat anak sampai 6 bulan je, anak dah berapa
             bulan?
Pink     : Anak saya dah 8 bulan
Kakak X: Tu la, saya dapat bagi 6 bulan je (tak bagitau apa reason, kedengaran macam
             suara agak terkilan dan dia asyik pandang kita macam penuh minat sangat)
Pink     : (Senyum sambil terus pump sebab nak cepat balik hehe)

Kejadian 2-
Makcik cleaner: Baru beranak ke?
Pink               : Aaa, anak dah 8 bulan
Makcik cleaner: Bagus la bagi susu badan, kalau elok sampai 6 bulan kira bagus dah
Pink               : Aha cik
Makcik cleaner: Tu la, bagus susu badan ni, hmm cucu acik ntahla, sebab minum susu lembu
                        ni susah la nak cakap, pantang kena tegur, melawan...
Pink               : (Senyum tak berani komen)

Kejadian 3-
Pink            : (Dicuit bahu dari belakang masa sedang pump)
Adik preggie: Kak, nak tanya sikit ni, tengok akak pump ni
Pink            : Aha apa ya?
Adik preggie: Akak beli pump ni kat mana ya?
Pink            : Oh, ni kat kedai parenting/breastfeeding
Adik preggie: Berapa ya?
Pink            : Ni kita beli masa sale kat Babyjaya dalam RM400 macam tu
Adik preggie: Ni brand apa ya? Saya nak untuk anak nombor 2 ni..
Pink            : Ni Medela, tapi kalau lagi bagus amik yang boleh double pumping
(panjang lagi conversation ni sebab adik ni sangat berminat dengan pump and kami bersembang tentang blog BF mommies dan parenting stores diakhiri saya mintak dia bagi email address supaya saya boleh forward kan list parenting/breastfeeding stores untuk dia)

Kejadian 4 (bukan di surau ye hehe)-
Doctor wanita : (bawa Thaqif ke clinic sebab demam) Baby breastfeed?
Pink               : Aha, breastfeed
Doctor wanita : Bagus, kalau boleh terus sampai 2 years ya. Saya ada nak share sikit apa
                       yang saya pernah dengar, tak tahu ya ke tidak tapi dikatakan kena
                       breastfeed sampai anak 2 years, kalau tak dituntut nanti
Pink               : Oh ye ke doctor?
Doctor wanita : Ni yang saya dengar la, tak tau sahih ke tidak (sambil senyum)

Hah, seronok kan ramai orang yang dah aware pasal kebaikkan BF dan ASI ni. Dan kadang-kadang dah rasa macam dah jadi the in trend pulak sekarang ni. Kalau nak ingat-ingat balik, saya memang niat nak BF Thaqif sejak sebelum dia lahir. Sebab, saya memang dah biasa tengok my sis BF kedua-dua nephews saya. Dah biasa tengok dia handle EBM. Dah biasa tengok pump dia. So memang saya niat nak BF Thaqif. Dan mak saya sangat pro BF walau kami anak-anak dia boleh dikira anak FM. Hehe. So naturally, saya memang nak BF Thaqif.

Sayangnya, ilmu yang saya dapat dari tengok kakak saya tak cukup. Silap saya tak kaji habis-habisan masa preggie dulu. Saya tak beli pun pump sebelum beranak. Saya pinjam Avent manual kakak saya sebab takut susu saya ni "sikit". Sekarang dah banyak baca dah tau dah kalau susu "sikit" macamana usaha nak diambil. Dah tau BF myths.

If I could turn back the time, I would do the following:

(1) Read and read and read on BF info like all the time masa preggie
(2) Invest in a good electric pump before bersalin
(3) Buy all the necessary items like storage bottles, ice packs, cooler bag etc masa pregnant / awal-awal (hari tu beli masa sebelum naik kerja)
(4) Gunakan ilmu yang didapati untuk "educate" parents, PIL etc so kita boleh bust all the BF myths yang orang-orang tua selalu bagitau hingga kadang-kadang ada sedikit "merosakkan" kepercayaan kita pada BF / perjalanan BF
(5) Would have never engaged the service of a confinement lady who doesn't know a thing about BF!

Any how, saya bersyukur kerana dapat bagi Thaqif ASI sampai sekarang, hendaknya Allah makbulkan la doa saya nak BF Thaqif sampai 2 years. Amin. Saya memang suka "hasut" adik-adik/kawan-kawan yang preggie sekarang ni untuk BF. Semoga BF akan menjadi amalan pada semua ibu-ibu. Moga-moga Allah berikan kesenangan kepada semua ibu-ibu dalam perjalanan BF ni.
Syukron Allah kerana memberikan saya peluang untuk merasakan pengalaman paling berharga ini...

2 comments:

  1. betul! dah ramai yg aware psl breastfeeding ni. dulu my abah and my mil selalu je tanya bila nak bg cucu dorang fm. tp bila dorang tgk cucu dorang membesar dgn sihat, cergas dan cerdas dorang pulak yg tunjuk support. and thanks to the gov jugak sebab byk buat iklan ttg kepentingan penyusuan susu ibu kat tv (my mil suka tgk tv. hehe). muoga niat yg baik dipermudahkan Allah :)

    ReplyDelete
  2. Azian,
    Memang banyak org "duulu2" mula-mula tak faham sangat kebaikan BF ni kan tapi bila kita terangkan, lama-lama mereka lagi menyokong kan.

    ReplyDelete

 

Blog Template by YummyLolly.com - Background image by Jen Furlotte