Tuesday, June 7, 2011

Single Pumping v Double Pumping

Single Pumping v Double Pumping : Medela Mini E v Modu

Thaqif Shah sudah 8 months :). Mommy nya masih pengepam "tegar" (haha, tegarlah sangat kan). Jadual pump harian dulu masih sama, cuma satu session dah tak buat, iaitu Subuh. Sejak Thaqif dah makan, intake susu yang dahulunya 18oz selama mommy nya pergi kerja dah turun jadi 15oz. Jadinya, mommy nya "escape" untuk pump waktu Subuh. Kalau dulu kena jugak cukupkan 18oz so terpaksa pump Subuh jugak-jugak tapi sekarang bukan tak nak pump waktu Subuh tapi sejak dah start prepare makanan Thaqif masa Subuh, memang time tak cukup langsung! Tambah-tambah pulak Thaqif memang akan bangun untuk BF masa kita sibuk siapkan semua, memang kelam kelibut dibuatnya kalau kena pump jugak waktu Subuh! Jadi sekarang kalau nak kumpul untuk stock kecil-kecilan untuk emergency (maklumlah, PinkGremlin ala-ala production kais, stock tak sampai 100oz), weekend je la nak diharapkan.

Anyway, nak cerita pasal single pumping versus double pumping. Hehe. Pump pertama PinkGremlin beli right after habis pantang ialah Medela Mini Electric. Masa pantang guna Avent Manual pinjam dari my sister. Medela Mini E memang memuaskan hati PinkGremlin. No complaints, at all. Pilih Medela Mini E sebab harga dia and most importantly sebab dia kecik and portable, sikit spare parts nak sterilise and senang usung pi kerja sumbat je dalam bag MLO (bag + cooler bag in one). Masuk kerja after almost 3 months cuti, pakai Medela Mini E memang happy, cumanya it takes about 30 minutes untuk kosongkan kedua-dua breasts. Buat tandem pumping while nursing Thaqif pun mudah, lagi sekali sebab dia kecik and the motor is attached to the pump itself. No long tubes whatsoever. 

Sampai satu takat dah rasa 30 minutes ni has taken up a lot of my time kat office. I normally pump twice at the office, the most is 3 times. With the taking up of a new portfolio kat office, PinkGremlin pun decide nak beli pump yang boleh double pumping untuk pendekkan masa. Masa tu Thaqif dah 6 months. Kebetulan masa tu Farah Farhan @ SaraKids baru launched pump ciptaan gabungan 2 negara, Malaysia and Korea, MODU. Dan ianya warna pink. Jadi PinkGremlin pun suka. Hehe. And masa tu ada promo, RM50 off. Lalu PinkGremlin pun grab la satu.

Modu. First time PnikGremlin experinced double pumping ialah dengan Modu. Rasa kekok sebab berbulan-bulan single pumping tiba-tiba kelam kelibut pegang 2 bottles while double pumping. Mula-mula still tukar-tukar dengan Medela Mini E, lama-lama bila tengok 15 minutes dengan Modu dah dapat kosongkan both breasts, ah terus stick to Modu bila kat office and night session pumping. Medela Mini E masih kesayangan and guna during weekend sebab easier to maneuver while doing tandem pumping/nursing. PinkGremlin prefer bila tandem pumping/nursing (single pump) guna Medela Mini E sebab motor dia attach kat corong pump and no long tubes! Senang!

All in all, ada pros and cons using both pumps. I simply lurve my Medela Mini E because it's small, portable and easy to handle. I prefer Modu for its "shortcut" sessions.

Ah apa yang penting hasilan susu for Thaqif! Pump apa pun guna as long as dapat hasilan yang diperlukan, dah cukup syukur! So far, alhamdulillah hasilan dengan Medela Mini E and Modu sama, sangat syukur :)

Modu yang pink :)

Medela Mini E kesayanganku!


No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com - Background image by Jen Furlotte