Monday, July 11, 2011

Solid Food & Puree Making Marathon

Lama tak update pasal solid food Thaqif. Nak kata macam-macam dia dah makan, tak jugak. Mommy dia ni agak-agak "berhati-hati" sikit, almost macam "ikut buku" kata orang. Hehe. Memang pun. Setia baca buku and check kat internet apa yang sesuai ikut age. Tak nak Thaqif kena allergy.

So far Thaqif dah makan 2 meals since umur 7 months. At 9 months still makan 2 meals. I read an article on breastfeeding and solid food, kalau ikutkan article tu tak boleh terlalu bagi makan yang banyak-banyak sesangat-sangat kalau nak BF until 2 years, wallahulam. Takpe la, kita ikut instincts sendiri, better kan? Yang lain-lain jadikan panduan kan.

Thaqif ni makan menu manis macam fruits sekali and then menu porridge sekali. Tapi sekarang fruits dah jadi macam dessert gitu, porridge 2 kali makan. So far fruits yang pernah bagi dia pear, apple, banana, kurma, papaya, avocado, peach, plum and jambu. All time favourite dia pear and apple. Yang lain-lain susah sikit, tengok mood. Hehe. Untuk porridge pulak lauk nya yang pernah bagi ialah potato, chicken, carrot, sweet potato, pumpkin, broccoli, bayam and terbaru cauliflower. Perisa ikan bilis pernah jugak. Yang belum try lagi ikan and daging.

Sekarang selera dia sangat bagus, ngap porridge bertalu-talu, lambat suap ngamuk. Alhamdulillah. Tapi kena pantau jugak intake susu dia. Kalau kurang means terpaksa la try kurangkan intake makanan dia tatkala baby below 1 year paling important dan dia membesar dengan susu, solid food hanya training and for "supplemental". Kalau baca kat kotak-kotak instant food, semua cakap "makanan pelengkap" dan bukan perkataan "utama", "wajib" or to that effect. Jadi terpaksalah monitor intake susu dia. Sekarang sejak makan, intake dia around 12 to 15 oz, last time before start solid 18 oz. Mommy yang "ikut buku" ni selalu risau if intake susu dia 12 oz. Hmmmm. Rasa macam sikitnya anak aku minum siang hari.

Anyway, pasal solid food, saya tak masak porridge hari-hari sebab tak sempat dan lain-lain sebab, so saya guna frozen solid food. Memang mudah and bagus sebab boleh tukar menu dengan cepat kalau anak menolak sesuatu menu. Tapi cepatla Thaqif tumbuh gigi banyak-banyak supaya mommy boleh buat fresh porridge tak perlu blend.

Ada masa on Sunday, iaitu hari biasa saya masak bubur kosong and buat puree lauk, tak sempat, so kena buat on week nites sebab tak nak bahan mentah rosak nanti lari nutrients nya simpan lama-lama dalam fridge kan, jadi beberapa kali berlaku keadaan terpaksa stay up sampai jam 1 ke 2 pagi on week nite untuk buat frozen food. Ada few times saya bangun jam 3 pagi (malam Sabtu) untuk buat senang sikit sebab Thaqif tidur lena time tu. Pasal penyediaan frozen solid food, saya banyak refer pada blog orang and baca on the internet. Sangat mudah! This site has been of an assistance to me since day 1!

Oh kat bawah ni gambar-gambar masa buat marathon sediakan puree lauk untuk Thaqif last Wednesday, tidur jam 2 pagi huk huk. Tapi happy sekarang stock dah ada kembali. Biasanya saya buat bubur kosong on Sunday for 7 days and lauk-lauk for 2 weeks biasanya la. Memang cita-cita nak masak fresh porridge tapi apakan daya, belum kesampaian. Harap-harap soon.


Akibat stock halus je, tinggal chicken
and potato sikit je, terpaksa top up walau
penatnya la buat hari bekerja!

Carrot yang dah steam and
blend, masuk dalam ice
cube tray

Dalam pada tu brocolli sedang
tunggu, disejukkan sebelum
blend

Dalam pada tu cauliflower
pulak tunggu turn jugak
baru lepas steam dia

Ah dalam pada tu bayam merah
pun tunggu turn, baru habis basuh
belum potong and steam

Hah! Bayam hijau pun ada!
Erkkk dah tak larat, sorry
mate, next time aje!


Dah selesai semua, dapur macam
berantakkan penuh bekas-bekas
yang dah basuh, sampai jemur atas
washing machine jugak!

Ice cube trays berisi lauk pauk,
yay!


Esoknya, dah ada stock lauk balik!

 
Ok, biasanya Subuh saya panaskan bubur kosong campur lah dengan lauk pauk pilihan hati dan masuk dalam thermos untuk bawak ke rumah MIL. Gambar-gambar kat bawah ni masa nak keluar rumah jalan-jalan bawak sekali bekal Thaqif, mudah je bila dah ada stock solid, tak pening-pening nak kejar masak kalau tak sempat. Tapi tak se-fresh memasak la kan :(


Keluarkan dari freezer and pilih lauk
pilihan hati

Masukkan dalam microwave container.
Nampak macam tak elok re-heat guna
microwave tapi dah baca rata-rata kata
it's safe. Tapi niat hati akan re-heat kat
pot jugak nanti.
Yang tu cauliflower, chicken and carrot
Tambah bubur kosong

Masuk dalam thermos bila dah re-heat



Siap, ready to go!

3 comments:

  1. lg 1 website baby food yg best ialah wholesomebabyfood.com

    in btwn food thermos kita sama =)

    ReplyDelete
  2. Ryy.han,
    Aha, kita pn ada refer to wholesomebabyfood.com tu. Quite OK :)

    ReplyDelete
  3. salam. nak tanya thermos tu elok tak? sampai bila ye makanan tahan panas? ingat nak beli tapi risau kot tak tahan panas sampai petang...

    ReplyDelete

 

Blog Template by YummyLolly.com - Background image by Jen Furlotte