Monday, August 22, 2011

Baju Raya Thaqif Shah

Lebih kurang preparation for raya pasal Thaqif je la sebab mommy and walidnya tak de la apa sangat preparation nya, biasa-biasa je. Baju kurung pun tempah sepasang je, MS pun sepasang je baju melayu.

Sebenarnya mommy ni tak de la niat nak beli baju raya Thaqif menimbun ke apa, tapi kadang bila tengok cute-cute and discount yang sangat best, terbeli jugak. Tambah rosak kalau kedai baju favourite memang ada kat area office and area rumah. Habisla. Dok ulang pergi sampai naik hafal baju-baju kat kedai tu huhu. Kat blogshop sendiri pun ada grab juga. Hehe.

Anyway, dah beli a few tee shirts masa awal Mega Sale hari tu, pastu weekend baru ni tambah lagi. Fikir-fikir sebab baju-baju Thaqif yang saya selalu beli pun pakai berbulan-bulan lamanya. Thaqif badan genitan plus material baju yang sangat durable. So why not beli je la banyak-banyak pun.

Anyway, ini antara yang dah beli, tak tau if akan "terbeli" lagi. Haha. Two pairs of jeans sumbangan dari my sis. Happy la kan. So antara yang ada ialah tee shirts, 2 pair of jeans, 1 cargo khakis pants and 3 shorts. Baju melayu siap this week. Kasut still tengah fikir nak beli ke tak sebab pre-walker shoes kadang kejap sangat pakainya. Tanya MS katanya tak payah la. Tapi hati macam ronta nak beli. Haha. tengokla macam mana nanti.

Kat bawah ni mommy ni siap dah ada fikirkan combination pakaian. Over. Haha. Ok bye.







Semalam tak sabar, mommy dah pakaikan Thaqif salah satu baju kat atas. Haha.

Wednesday, August 10, 2011

I Wonder....

"...Bahkan, solat seorang wanita yang dikerjakan di rumahnya lebih baik daripada solatnya yang dikerjakan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Padahal, seseorang yang mengerjakan solat di Masjidil Haram akan memperolehi pahala 100 000 kali ganda dan di Masjidin Nabawi 50 000 kali ganda. Oleh karena itu, dalam sebuah hadith diceritakan mengenai seorang sahabiyah, Ummu Sa’adah r.anha yang datang menemui Rasulullah SAW dan berkata, “Ya Rasulullah, saya ingin melaksanakan solat denganmu secara berjemaah di masjid.” Rasulullah SAW bersabda, “Saya mengetahui betapa engkau berkeinginan untuk melaksanakan solat di belakangku dengan berjemaah, akan tetapi apabila engkau melaksanakan solat di bahagian yang paling dalam di dalam rumahmu adalah lebih baik daripada mengerjakannya di dalam rumahmu, mengerjakan solat di dalam rumahmu lebih baik daripada mengerjakannya di perkarangan rumahmu, mengerjakan solat di perkarangan rumahmu lebih baik daripada mengerjakannya di masjid tetanggamu, (masjid yang berdekatan dengan rumahnya) dan mengerjakan solat di masjid tetanggamu lebih baik daripada datang ke masjidku.” (Musnad Ahmad).


Walau bagaimanapun, Rasulullah SAW tidak melarang para wanita pergi ke masjid seperti untuk menuntut ilmu fardu ain (sekiranya suami tidak mampu mengajar……..?), atau wanita-wanita tua yang sudah kurang urusan di rumahnya. Bagi kaum ibu pula, pastikan urusan rumah telah beres dan anak-anak yang ditinggalkan pula selamat (seperti anda mempunyai anak dara dan teruna – pastikan mereka menjaga ibadah solat sepeninggalan anda dan tidak mengundang berlakunya sumbang mahram sepanjang ketiadaan anda.) Bagaimana pula makan pakai suami ?..."

Credit to this blog.
  • Wanita yang beri susu kepada anaknya daripada buah dadanya akan mendapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.
  • Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri layan dengan baik akan mendapat pahala jihad.
  • Apabila seorang wanita yang menyusukan anaknya yang menagis diwaktu malam dengan sabar, dia dapat pahala satu tahun sembahyang dan puasa.
  • Kalau wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh 2 suku tahun  maka malaikat di langit datang bawa khabar gembira bahawa syurga wajib bagi kamu.
  • Allah swt berkati dalam rezeki bila seorang wanita memasak dengan zikir Bismillah.
Credit to this blog

Sejak dua menjak bulan Ramadhan ni, I have a few things that lingers in my head like a few times dah.

(1) Sejak dari hari first day puasa, sehari pun belum sempat saya solat terawih. "Alasan" ialah jadual tak mengizinkan. Bukan cakap pasal solat terawih di masjid bersama MS, tapi di rumah pun masih tak kesampaian lagi. Sedih?
(2) Sejak Ramadhan, kerja saya jadi double sebab sediakan sahur sebelum tidur and bangun awal for sahur, dalam kekalutan and time constraint, saya selalu "pendekkan" time Thaqif BF. Maksudnya, before Thaqif lepaskan, saya dah tarik dulu. Saya tak sabar nak tunggu sebab kerja banyak menunggu.
(3) Dah lama tak dapat spend time bersembang betul-betul and layan MS. Sebab sibuk ke hulu hilir buat kerja and menguruskan Thaqif. Macam terbiar husband saya tu.

Kalau ikutkan petikan first tu, kaum wanita solat terawih di rumah lebih elok. Ok, tak pa. Masalahnya kesempatan nak solat terawih kat rumah pun tak dapat lagi. Macamana ni? Thaqif tidur jam 8.15 pm macam tu, selalunya BF dia saya pun tertidur sekali. Ada kala saja tak. Sedar-sedar MS gerak dah jam 11.00 pm or 11.30pm dia baru balik terawih. Macamana tu? Time tu baru la nak gegas masak sahur and basuh bottles, siapkan apa yang patut untuk esok and pumping session. Biasa tidur jam 1.00 am or 2.00 am pun pernah. Kalau nak ikutkan lepas jam 1.00 or 2.00 lah baru "free" nak terawih tapi by that time badan dah lunyai, jam 5.00 am dah nak bangun sahur. Hmmmm..

Kalau dari petikan yang kedua pulak, mashaAllah, wanita yang menyusukan anaknya (direct feeding) dapat satu pahala bagi tiap titik susu. Macamana pulak pemberian pahala kalau mommy tu kadang tak sabar macam saya ni? Huhu..

Lagi satu pulak tu macamana kalau isteri tak sempat nak layan suami dengan sebaiknya apabila kedua-duanya balik dari kerja. Dua-dua penat macam nak pengsan..Huhu..

Agak-agaknya, maybe kalau ada kebolehan nak dapat tempias pahala/kebaikkan pun dari menyusukan anak dengan sabar waktu malam and masak sambil berzikirkan Bismillah..

Friday, August 5, 2011

Murni SS2, DU

Time tengahari bulan puasa ni la tiba-tiba nak teringat pasal restaurant Murni kat SS2,Damansara Utama ni. Huk tiba-tiba terliur mengenangkan drinks and makanan dia. Yang pasti sedap dan berbaloi sebab portion dia besar!


Drinks kat sini semua sedap-sedap and gelas macam ni baru RM5. Kiri ialah Mango Special dalam dia ada blended mango, ada laici, watermelon (tak silapnya la) and nata dicoco. Yang kanan is I Love You tak silapnya la, dia Ribena, soda, laici, nata dicoco, lemon and strawberry jelly/flavour. Yummy!


Ni pulak Cheese Naan and Mee Raja dia. Mee Raja ni signature dish kat Murni. Sedap! Huk, terliur lagi!

Kalau senang-senang and ada kat area DU bolehla singgah Murni. Dia kat area Kamdar situ. Kalau tak pun ada branch kat USJ Taipan and Aman Suria tak silapnya. They now go by the name of Murni Discovery.

Thursday, August 4, 2011

Bila Ada Baby...

Perasan tak bila ada baby ni semuanya kena perihatin? Maksudnya, tak boleh sewenang-wenangnya nak decide itu ini, tak boleh main taram or belasah je semua perkara. Semuanya perlukan penelitian kan?

Not just the type of milk you give (if formula, or even breastmilk), the feeding bottles, the liquid cleanser, the diapers, the towel, the cups or bowls or plates and even the type of feeding spoon, the pillow, the stroller, the car seat, the blanket, the hats, the booties and mittens, the hankies AND the list goes on. Everything is picked and/or selected properly, pre-planned most of the times and definitely never carelessly decided. Especially if it is your first baby.

Itu baru benda-benda kecik, apatah lagi kalau benda-benda besar macam immunisation, clinic, insurance, care taker dan termasuk pemakanan dia. Betul? Lagilah berfikiran banyak kali sebelum decide. Jarang betul akan main redah, kan?

It happens to every mommy I guess, and it happened to me as well. Two things that I want to share/highlight in this entry:
(1) Every other soul in this world except the parents! tries to feed your baby with god knows what! even when you have pre-warned them against it; and
(2) Doctors and pediatrician

Pasal babysitter, datuk nenek, sedara mara, jiran or lain-lain yang suka nak suap baby kita dengan makanan sesuka hati mereka memang dah biasa dengar kan. Memangla susah nak tangani, nanti if tegur karang ada yang kecik hati, ada jugak yang cakap teruknya mak bapak ni strict sangat kesian anak tu tak merasa makan itu ini, ada jugak yang cakap esok kalau ditahan-tahan anak tu memilih makanan. Yang mereka semua ni tak perasan ialah most parents sangat perihatin apa yang masuk ke mulut baby mereka especially yang baru start solid food and below 2 years of age. Paling susah nak tangani bila orang-orang tu ialah grandparents dan orang-orang tua. Ah babysitter pun sama, susah gak kadang kan. Tatkala mereka makan garam terlebih dahulu kan? Susah nak explain yang kita ni dah buat research, baca sana sini bagai nak rak, tanya pediatricians all the time...khas untuk kebaikkan anak kita. Mereka tak faham. Oh how wish everyone is opened to new things, development, new findings etc. Mereka tak tahu consequences nya kadang main sumbat-sumbat je makanan. Ada yang sampai rosak kidney baby tu. Kenapala mereka tak perasan yang tu baby nama pun baby, tentulah lain cara pemakanannya kan.

Macam mana uol tangani hal macam ni? Nak tegur salah, tak tegur kita sendiri runsing..Hmm macam-macam kan. Kalau saya selalu try guna cara halus, contohnya dalam bersembang-sembang tu selitkan la apa-apa situasi yang berkaitan. Ceritakan apa jadi pada anak kawan tu bila orang main sumbat makan. Apa doctor advice masa pergi check up. Tapi kena secara halus la nanti orang terasa hati kan. Tapi rasanya kadang-kadang berjaya, kadang-kadang tidak kan..

Oh silalah baca this interesting article here pasal pemakanan and BF. Thanks Fiza.

Secondly pasal pediatrician. Biasanya uol bagi baby bawah 1 year pi ke clinic biasa or pi pediatrician? Pendapat sayala, dari experience pi kedua-dua GP and paed, hmmm of course paed la yang memuaskan. Ada la a few occasions ke GP memang erghhh selalu ada je yang jadik tak puas hati. Maybe GP kat area kami tak sesuai kot haha. Anyways, memang kalau boleh all the time nak bawak ke paed kan tapi uol perasan tak yang paed kebanyakkannya open during working days saja and working hours saja? Terkena baby demam malam hari apa macam? Baby la paling crucial tapi paed nya malam dah tak de perkhidmatan. Macamana tu? Biasanya kami if malam ke GP sebab paed tutup, the next morning ke paed. Paed Thaqif is Dr Liew, sangat la pandai dengan baby, memang memuaskan hati. Rasa macam ringan kepala setelah keluar dari bilik Dr Liew ni! His clinic is in USJ 9, sangat penuh macam pasar like everyday. Risik-risik dengan nurse dia katanya everyday dalam 60 patients datang. Bill dia sekali tak pernah nya less than RM100, demam ke apa ke, mesti minimum RM100. Just imagine berapa dia dapat sebulan???? Oh Thaqif, belajar rajin-rajin ya baby, esok besar jadi pediatrician ya! Hehe.

Gambar-gambar Thaqif kat clinic Dr Liew a few months back. Ok, ini saja.


Eh! Apa ni! Kebuk wasap?
Bomoh kenit tengah menjampi ke ni???












Go green! No more plastic bags!

 

Blog Template by YummyLolly.com - Background image by Jen Furlotte