Wednesday, August 10, 2011

I Wonder....

"...Bahkan, solat seorang wanita yang dikerjakan di rumahnya lebih baik daripada solatnya yang dikerjakan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Padahal, seseorang yang mengerjakan solat di Masjidil Haram akan memperolehi pahala 100 000 kali ganda dan di Masjidin Nabawi 50 000 kali ganda. Oleh karena itu, dalam sebuah hadith diceritakan mengenai seorang sahabiyah, Ummu Sa’adah r.anha yang datang menemui Rasulullah SAW dan berkata, “Ya Rasulullah, saya ingin melaksanakan solat denganmu secara berjemaah di masjid.” Rasulullah SAW bersabda, “Saya mengetahui betapa engkau berkeinginan untuk melaksanakan solat di belakangku dengan berjemaah, akan tetapi apabila engkau melaksanakan solat di bahagian yang paling dalam di dalam rumahmu adalah lebih baik daripada mengerjakannya di dalam rumahmu, mengerjakan solat di dalam rumahmu lebih baik daripada mengerjakannya di perkarangan rumahmu, mengerjakan solat di perkarangan rumahmu lebih baik daripada mengerjakannya di masjid tetanggamu, (masjid yang berdekatan dengan rumahnya) dan mengerjakan solat di masjid tetanggamu lebih baik daripada datang ke masjidku.” (Musnad Ahmad).


Walau bagaimanapun, Rasulullah SAW tidak melarang para wanita pergi ke masjid seperti untuk menuntut ilmu fardu ain (sekiranya suami tidak mampu mengajar……..?), atau wanita-wanita tua yang sudah kurang urusan di rumahnya. Bagi kaum ibu pula, pastikan urusan rumah telah beres dan anak-anak yang ditinggalkan pula selamat (seperti anda mempunyai anak dara dan teruna – pastikan mereka menjaga ibadah solat sepeninggalan anda dan tidak mengundang berlakunya sumbang mahram sepanjang ketiadaan anda.) Bagaimana pula makan pakai suami ?..."

Credit to this blog.
  • Wanita yang beri susu kepada anaknya daripada buah dadanya akan mendapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.
  • Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri layan dengan baik akan mendapat pahala jihad.
  • Apabila seorang wanita yang menyusukan anaknya yang menagis diwaktu malam dengan sabar, dia dapat pahala satu tahun sembahyang dan puasa.
  • Kalau wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh 2 suku tahun  maka malaikat di langit datang bawa khabar gembira bahawa syurga wajib bagi kamu.
  • Allah swt berkati dalam rezeki bila seorang wanita memasak dengan zikir Bismillah.
Credit to this blog

Sejak dua menjak bulan Ramadhan ni, I have a few things that lingers in my head like a few times dah.

(1) Sejak dari hari first day puasa, sehari pun belum sempat saya solat terawih. "Alasan" ialah jadual tak mengizinkan. Bukan cakap pasal solat terawih di masjid bersama MS, tapi di rumah pun masih tak kesampaian lagi. Sedih?
(2) Sejak Ramadhan, kerja saya jadi double sebab sediakan sahur sebelum tidur and bangun awal for sahur, dalam kekalutan and time constraint, saya selalu "pendekkan" time Thaqif BF. Maksudnya, before Thaqif lepaskan, saya dah tarik dulu. Saya tak sabar nak tunggu sebab kerja banyak menunggu.
(3) Dah lama tak dapat spend time bersembang betul-betul and layan MS. Sebab sibuk ke hulu hilir buat kerja and menguruskan Thaqif. Macam terbiar husband saya tu.

Kalau ikutkan petikan first tu, kaum wanita solat terawih di rumah lebih elok. Ok, tak pa. Masalahnya kesempatan nak solat terawih kat rumah pun tak dapat lagi. Macamana ni? Thaqif tidur jam 8.15 pm macam tu, selalunya BF dia saya pun tertidur sekali. Ada kala saja tak. Sedar-sedar MS gerak dah jam 11.00 pm or 11.30pm dia baru balik terawih. Macamana tu? Time tu baru la nak gegas masak sahur and basuh bottles, siapkan apa yang patut untuk esok and pumping session. Biasa tidur jam 1.00 am or 2.00 am pun pernah. Kalau nak ikutkan lepas jam 1.00 or 2.00 lah baru "free" nak terawih tapi by that time badan dah lunyai, jam 5.00 am dah nak bangun sahur. Hmmmm..

Kalau dari petikan yang kedua pulak, mashaAllah, wanita yang menyusukan anaknya (direct feeding) dapat satu pahala bagi tiap titik susu. Macamana pulak pemberian pahala kalau mommy tu kadang tak sabar macam saya ni? Huhu..

Lagi satu pulak tu macamana kalau isteri tak sempat nak layan suami dengan sebaiknya apabila kedua-duanya balik dari kerja. Dua-dua penat macam nak pengsan..Huhu..

Agak-agaknya, maybe kalau ada kebolehan nak dapat tempias pahala/kebaikkan pun dari menyusukan anak dengan sabar waktu malam and masak sambil berzikirkan Bismillah..

1 comment:

  1. sama ler kiter.. terawih kat umah je, tu pun tunggu rayyan dah tido.. kalau die tido lambat, BF die kite pun lelap skali.. penat berganda bulan pose nie

    ReplyDelete

 

Blog Template by YummyLolly.com - Background image by Jen Furlotte