Wednesday, September 28, 2011

Toys

Macam mana pembelian toys korang pada anak ya? Maksudnya dari segi harga toys tu? Macam PinkGremlin memang la boleh kata sangat particular and sensitive to the price. Saya jenis yang rasa sayangnya nak buang duit for toys, in general. Tapi sebenarnya tengok jugak pada jenis toys. Kalau yang pakai lama and sangat berguna untuk pembelajaran dia, ok la nak spend lebih. Tapi kalau tak, jangan harap mommy ni nak beria-ria keluar duit bagai. Kalau buku maybe la lain cerita kan.

Sebenarnya dah lama mommy ni teringin nak belikan Thaqif walker. Yang minat of course la from Fisher Price kan, tapi sebab harga dentum, batalkan je niat nak bagi Thaqif walker. Tapi tiap kali pi ToysRus or Parkson ke or kedai-kedai jual toys, mesti pusing-pusing tengok walker. Semua hampa sebab harganya tetap sama. Hehe. Kedekut la mommy ni.

Actually, I have not been purchasing Thaqif his toys for quite sometime now. Clueless on what to get him and some that I like is way too expensive. So I went to Tesco Puchong the other day to survey items for goodie bags, sekali ada sort of baby fair there. Then I saw something. That literally made my eyes shinning.

Nampak toy lap top comel. Tapi sebelah dia nampak walker! Dengan harga RM39.90 sahaja after discount. Of course it was not Fisher Price! It was Tesco's own product (going by the name of Little Steps). So terus belek. Nampak kukuh and color dia bukan jenis toy yang akan luntur colour dia/scraped off too soon. Kena belek pasal MS anti beli cheap stuff yang in the end cepat rosak. Nanti asik kena bebel dari MS. Nampak ok and gaya tahan lama walau murah. Terus grab peluk kotak walker tu. Sayang sungguh tak dapat beli warna pink purple sebab it was too obvious that it is meant for babygirl. Terpaksa usung warna rainbow colourful tu! Errhhh. Call me cheapskate but yay I got the walker hehe.

Mini lappy

Akhirnya dapat jugak mommy beli
walker for Thaqif. Tapi hodoh colour tu!

Macam biasa nak jugak update pasal menu Thaqif hari ini. Sempat buat begedil ikan saja sebab bangun lambat. Hasrat nak buat cekodok pisang tak tercapai hari ni.



Tuesday, September 27, 2011

Rezeki Di Penghujung Syawal

Apakah ini? Nampak seperti....

Betul ke? Tak kan dapat free?

Ya betul, PinkGremlin dapat ipad
free! Ah rezeki di penghujung Syawal rupanya..

Ah! Tak buat apa pun, just bayar monthly parking fee online, tup-tup rezeki PinkGremlin rupanya, bukak website nak bayar parking fee bulan October, tengok-tengok nama keluar as one of the winners of the win ipad contest. It was not a contest proper pun. Just jadi pembayar online, bayar before the 7th every month. Mereka pick nama every month. Wah, syok kan? Syukur alhamdulillah. Tak disangka. Memang MS cadang nak beli, tup-tup dapat free! Tapi ipad1 la, so ianya telah selamat dijual, untuk tukar ipad2. Huhu. In any event, thanks a bunch to Secure Parking!!

Seperti biasa, nak cerita menu Thaqif hari ni. Sebabnya mommy dia masih suka masak-masak untuk Thaqif mencuba rasa macam-macam. Hari ni ialah..

Cucur bawang + sayuran
(penyek betul rupanya sebab takut
tepung tak masak so buat flat habis, pastu
tak nak guna banyak sangat minyak / deep fry
tu yang penyek hehe)

Meatball (eh actually chicken ball)
soup. Mudah rupanya buat dia! Sebelum ni
kan tak ambil pusing hal memasak..hehe

Ok, bye.

Monday, September 26, 2011

Thaqif's Weekend

Nothing much to update, just what Thaqif and us did over the weekend :)

On the way to opah's house
on Saturday. We had to put
his carseat at the back now since
my new car (second hand ye
setelah berjaya melupuskan Savvy yang
menyusahkan hidupku) has air bag at the
front seat

His first time sitting alone
at the back while mommy drove
(biasala walid keje 6 day-a week)

Mula nak bosan walau pun a short journey

Ta-da. Reached opah's house


The trio at Subang Parade.
Senang sikit nak kawal. Haha.
Dasar malas nak bawak stroller

Thaqif's meal- so-called baby's version of 
chicken salad

Mommy bought cuppies at the bazaar.
Comel betul lukisan abang ni.
Rasa pun yummy

Open house at Enda Tam's house on
Sunday. Budak kecik ni memang
ada ciri-ciri nak ke arah mata duitan
macam mommy nya. Memang pegang
erat sampul berisi duit raya tu

Friday, September 23, 2011

Breastfeeding Journey - Almost 12 Months

Dah lama tak cerita pasal breastfeeding kan. Ni nak cerita la sikit. Thaqif pun lagi beberapa hari saja dah nak 1 year! (Yay!). Perjalanan breastfeeding saya masih berjalan seperti biasa. Seperti dulu-dulu jugak. Routine pump pun sama, twice at work, once or twice at home. Masih sama. Tak ada yang berubah kecuali pumping duration.

Thaqif used to drink about 15 to 18 oz while I was away at work. After he started his solid food, it eventually dropped to 15 oz. Of late, it dropped to 12 oz it seems (*sigh*). Anyways, mommy nya masih pump untuk dapatkan 15 oz every day regardless he drinks only about 12 oz. Still bagi 5 bottles of 3 oz each. Hari-hari akan ada balance 1 bottle.

Kalau dulu-dulu, sekali pump kat office to get 5 to 6 oz, it took me about 15mins using double pump. Sejak slightly before Ramadhan, that much now takes about 30mins. Tapi alhamdulillah, masih dapat amount yang dikehendaki. Tapi pump 30mins la baru dapat about 5 to 6 oz tu. Got my menses by surprise during Ramadhan (Thaqif was 10 months and I really thought I would pass the 1 year mark) and my milk production literally dropped like God knows how that time! Perit sangat bila production "buat hal", almost habis stock frozen EBM yang memang sejak azalinya halus!

Apa-apa pun, saya memang bersyukur kerana Allah terus memberi saya ni kekuatan and keazaman untuk masih menge-pump. Harapnya hasrat nak BF till Thaqif 2 years dikabulkan. Harapnya, masih beterusan production yang saya kira masih OK la sekarang ni, masih boleh dapatkan 15 oz sehari (tanpa perlu bangun tengah malam-dasar mommy pemalas! kalau bangun tengah malam gamaknya stock frozen EBM boleh banyak kot haha).


Sessi pertama at 12.30 noon normally
generates about 5 to 6 oz

Sessi kedua at 5.30 pm normally
generates about 5 to 6 oz as well

On a different note, haha masak-masak mommy masih berjalan lancar walau selalu terlewat sampai office haha. Kalau dulu hanya bekalkan Thaqif frozen solid food, now it's fresh cooking everyday. Menu hari ni ialah breakfast begedil ayam, lauk-lauk makan dengan porridge ialah potato goreng dengan bawang and cauliflower dan scramble egg yolk. Harapnya Thaqif selera makan. Ok bye.

Potato goreng bawang + cauliflower
and begedil ayam

Scramble egg yolk yang buruk rupanya
(haha- lebihan dari telur salutan buat
begedil sebenarnya hehe)

Wednesday, September 21, 2011

A Day At The Bazaar

Hello. Sedang ada masa dan mood untuk update blog, jadi adalah update-nya. Yang ni bukan kes spending one day at a bazaar as in window shop or even shopping. Ni kes spending the whole day at the bazaar being the vendor! The first experience as a vendor!

This took place in the last week of Ramadhan, tak silapnya 2 days shy of aidilfitri. The bazaar was the Subang Parade I Love Bazaar, of course la mana lagi, harus grab yang berdekatan rumah kan. And my sis and I are so familiar with this bazaar as we are frequent goers of this bazaar.

Pada hari kejadian, we were requested by the organiser to be at our booth dalam jam 10am as the bazaar starts at 11am. My sis reached Subang Parade first as I ran out of time dengan nak hantar Thaqif ke rumah MIL as MS wanted to do the house cleaning for aidilfitri. Dah siap set up our booth semua, we started la berniaga. Hehe. Sounds very weird to us sebab first time jadi peniaga kan, hehe. Setakat online tu biasala, ramai je orang buat, tapi jadi actual peniaga tu lain rasanya.

Mula-mula memang slow la sale, tambahan booth sebelah pun jual baju baby and kids jugak. Vendornya PR skills sungguh hebat. Kami dua beradik tengok je cara-cara dia tarik customers. Haha. Kami ni macam keras habis. Hehe. As time went by, ada la jugak jualan. Yang pelik sikit is when I handled the booth alone (my sis had to run and do some errands) memang ada jualan, bila my sis ada sekali, jualan slow habis. My sis cakap may be I ada charm jual kat booth tu (whereas my sis ada charm jual online). Hehe. Charm tak charm, overall it was a nice experience. Kalau la Thaqif tu dah besar, may be I would participate in selling our merchandise di bazaar selalu. Malangnya he's still a baby and weekend is the time I spend 24/7 with him. Tak sanggup nak tinggal baby selalu untuk meniaga!

OK, ini gambar-gambar yang sempat ambil.




Masih sempat pump! Easy peasy sebab plug point tu
betul-betul bawah kaki saya. MashaAllah, dalam banyak-
banyak booth, plug point kat booth kami. Sampai vendor lain
datang "pinjam" plug point untuk charge HP.
Allah permudahkan kerja pump saya!

My sis sibuk tengok receipt book.
My sis tulang belakang our blogshop, since
I have a baby. She does almost
everything. 



Best!

Monday, September 19, 2011

Almost One Year

Cliche tak cliche tapi memang how time flies! Dah nak masuk 1 year dah since I gave birth to Thaqif! Pejam celik pejam celik dah besar dah my baby ni. Lama tak tulis pasal milestones si genit ni so nak tulis la untuk memory, itu pun mana yang ingat! So I just put the major ones la kot sebab dah lupa-lupa! Huhu.

Pre- 6 months- Angkat kepala, meniarap and roll and roll and roll
6 months- Boleh pegang bottle on his own, duduk supported and clap his hands (pok amai-amai)
7 months- Duduk unsupported, crawl, wave bye-bye, boleh main "chak" (peekaboo), duduk sambil gerak badan macam berzikir/beratib bila sebut "La Illahilallah"
8 months- Start berdiri sambil pegang-pegang
10 months- Tumbuh his 2 front teeth and climb

Now at 11 months going to 12 months, dia dah ligat berjalan sambil pegang semua benda (meniti kata orang), start to climb and boleh berpaut kat tempat kukuh without any aid (selalu dia panjat seat kereta). And he can say "cat"!!! Mommy nya bangga sangat sebab that's the only word I really taught him until he could pronounce it! Yang lain-lain macam "nenek", "opah", "chak", "wan-nana" (his aunty/my sis) tu semua bukan mommy yang ajar, banyaknya nenek yang ajarkan, hehe. So when he managed to say "cat", mommy rasa macam satu achievement besar! Haha. Cute sangat "tat" dia.. Hehe.

Okla, kat bawah ni his pictures semalam masa breakfast kat McD. Ligat orangnya. Hehe.









Macam dah besar sangat
tengok bila dia pakai
macam ni!

Thursday, September 15, 2011

Thaqif & Baby Cot

Thaqif dari baby sampai sekarang ni memang tidur dalam cot and also dengan kami. Dia memang dari baby halus dah dibiasakan tidur dalam cot. After confinement, I started to adopt the sideway position untuk BF Thaqif time malam so that I get to sleep. Jadiknya, once Thaqif bangun malam nak BF, mommy ni angkat dia dari cot and BF atas bed kami so sampai ke pagi dia tidur dengan kami. Sampai sekarang sama juga, dia dah tidur letak dalam cot then bila mommy masuk tidur and BF dia sekali tidur dengan kami.

Itu tak ada masalah.

Yang masalahnya ialah, Thaqif ni tak boleh langsung kita biar letak dia main walau seminit pun dalam cot sementara nak mandi ke apa (kalau berdua je dengan dia or kalau walid tengah solat mommy tengah mandi ke masa nak siap pi kerja). Langsung tak boleh. Dia akan nangis raungan macam kena dera. Once angkat terus automatic senyap! Anak korang macam mana? Hai, si bocah (budak dalam bahasa Jawa) ni memang tak kena jiwa dengan carseat and cot. At least carseat dah a lot better dah besar ni. Tak de la dah macam dulu lagi. Tapi lepas 1 hour harus ngamuk dalam carseat if dia berjaga je.

Mari tengok gambar-gambar bocah ngamuk dalam cot!

Mula-mula nangis kesian,
rayuan kat mommy untuk
"lepaskan" dia

Tak berjaya. Buat lagi kesian


Rintihan yang memang biasanya
mengalir air mata berderu-deru
sampai hingus and batuk-batuk
jugak
(spot his 2 front teeth, muncul masa 10 months, lewat!)

Oh, on a different note, selama mommy nya masih hangat menukar-nukar (tukar sangat la tu hehe) menu Thaqif la ni, ini dipamerkan menu hari ni. Semalam nampak ikan salmon yang mommy buat ada tak habis sikit. Hai, adakah dia ni tak suka fish macam mommy? Jangan la begitu. Fruits puree pun dah tak nak semenjak dua menjak. Sama ada dia bosan dengan apple and pear puree atau totally tak nak fruit puree dah! Kena tukar fruits lain la, tapi tak banyak choice sebab dia tak suka banana, papaya, watermelon, honeydew, rock melon, plum. Ayoo..


Baby pasta + vege gravy (brocolli & potato)
Lupa nak letak cheese!

Porridge ikan bilis, bawang & carrot

Potato soup

Buah lai (pear family)

Semua buat Subuh tadi. Mula-mula bangun masak sup sayur and fishball untuk MS bersahur (itu je, sian tak de lauk lain sebab wife dia macam malas-malas skit tadi haha), pastu sambung masak makanan Thaqif. Jadi seorang isteri and seorang ibu memang lain. While you would do just about anything for your child, that does not apply to your spouse. Semangat dia memang lain. Bukan tak sayang husband sendiri, cuma semangat tu memang ada lain sikit. Ah, tapi tak boleh la macam tu kan. Tak aci, untuk anak berhabisan, untuk husband tak all out pulak? Huhu. No good no good. Hehe.

Wednesday, September 14, 2011

Tazkirah IKIM.fm & Salmon

Semalam sampai rumah MIL jam 7.40pm sebab balik kerja singgah Tesco grocery shopping. Akibat bosan dengar lagu-lagu, bukaklah radio IKIM.fm kot-kot ada orang ngaji Quran sedap sikit telinga dengar. Ada tapi pendek je, lepas pada tu ada tazkirah siaran ulangan pagi semalam punya. Dengarla. Bagus sebab ustazah tu jenis yang short and concise, senang nak faham. So pagi ni bukak la jam 7.30am, ada dia muncul lagi. Tazkirah hari ni pasal rezeki.

Since saya ni mata duitan yang sentiasa nak mengejar/impi salary banyak and selalu berharap agar rezeki ni melimpah ruah memanjang, topic ni memang kena untuk saya. Untuk mengingatkan saya macamana nak dapatkan rezeki yang melimpah ruah seperti yang diidamkan. In summary, kata ustazah tu, kita harus lakukan the following:

(1) Mesti memohon (berdoa) untuk rezeki kepada Allah. Kalau tak mohon memang tak dapat la. Allah suka orang yang memohon darinya. Allah mendengar semuanya.

(2) Bangun tidur sebelum waktu Subuh kerana pintu rezeki terbuka pada waktu itu.

(3) Sentiasa memberi pada ibu dan bapa, kalau lelaki yang telah berkahwin kena terus memberi pada kedua ibu dan bapa kerana syurga lelaki tetap di bawah tapak kaki ibunya. Lagipun, tak akan rugi kita walau sesen pun dengan memberi kepada ibu dan bapa.

(4) Zakat adalah kewajipan, jadi harus tunaikan zakat, potong dari pendapatan. Sedekah itu sunat tapi dengan bersedekahlah kita boleh menarik (mendapatkan) rezeki dari Allah. Allah itu akan sentiasa menambah rezeki orang yang bersedekah itu berlipat ganda dari apa yang disedekahkan. Tapi zakat harus dibayar dulu, sebelum kita bersedekah. Kalau misalnya kita ada RM100 je lagi untuk belanja untuk 3 minggu sebelum gaji masuk, cubalah tarik keluar RM10 atau RM20 untuk bersedekah, insyaAllah Allah akan tambah rezeki kita.

(5) Mesti yakin dengan Allah.

Mudahkan nak dapatkan rezeki? Lagi satu ustazah tu ada sebut yang kita patut ajar anak-anak kita contohnya bila kita tanya kat anak kecil "Siapa yang bagi adik makan?" biasanya anak kecil jawab "Mama bagi". Kalau boleh kita didik dan "tukar" kata "Allah bagi..".

OK, itu saja nak share. Oh sambungan dari entry semalam pasal menu Thaqif. Hari ni mommy nya try masak ikan salmon rebus sikit dengan halia dan lepas dah rebus ditabur dengan bawang goreng yang digoreng dengan unsalted butter. Bau dia harum sangat. Bekalkan jugak porridge biasa letak ikan bilis, carrot and bawang sikit. Tadi MIL sms kata Thaqif suka ratah ikan tu. Aduh, happynya la mommy dengar tatkala berat dia turun 200gm masa demam hari tu akibat tak makan sangat.

Gambar cooked salmon
from google, lupa nak
tangkap gambar pagi tadi

Pas ni teringin nak try menu Fruity Chicken taken from AnnabelKarmel's website.

Apricot Baby Food Ingredients:
1 tbsp sunflower oil

40g chopped onion

2 chicken thigh fillets (approx 175g), trimmed and cut into pieces

200g sweet potato, peeled and chopped

8 dried apricots, chopped

400 ml chicken stock


Method:
Heat the oil in a pan and saute the onion for 4 minutes or until softened but not coloured.Add the chunks of chicken thigh and sauté for about 2 minutes.Add the sweet potato and sauté for one minute.Add the chopped apricots and pour over the chicken stock.Bring to the boil, then cover and simmer for about 15 minutes or until tender.Blend to a puree.

Tuesday, September 13, 2011

Thaqif's First Pasta Meal

Itu hari Thaqif demam selsema and batuk. Gayanya tak selera nak makan porridge. Jadiknya mommy nya gigih nak Thaqif makan jugak lalu try la buat pasta meal. Dah beli Heinz baby pasta a couple of weeks ago tapi terperap sebabnya bahan-bahan lain tak sempat nak beli. Bila dia macam tak selera makan, barula tergegas nak pi beli!

It is called Cheezy Pasta, menu taken from here. Mari tengok cara membuatnya.

Baby pasta, unsalted/low sodium cheese,
unsalted butter, tomato and carrot

I searched high and low for unsalted cheese,
mana je aku tak jelajah tapi to no avail. I had
to opt for this 100% natural real cheese
with very low sodium. Nak beli cheese pun
satu hal kan! Nak kena tengok
which is suitable for babies as processed cheese
is actually not advisable. I referred to this.




Steam or boil the carrot and mash it.
Skin and dice the tomato (bijinya buang ya).
Saya tambah chopped onion saja bagi bau lebih
harum hehe

Masuk unsalted butter, tomato and carrot dalam
heated pan.
Gaulkan sampai macam mushy texture
sikit segalanya

Angkat gracy yang dah siap masak from pan,
add the cheese (to melt) and masukkan
baby pasta yang dah direbus. Siap.

Thaqif makan tak banyak sebab dia demam plus I suspect dia tak suka tomato. Ni first time bagi dia tomato. From previous experience, he dislikes sour taste. So maybe dia tak suka tomato. So mommy nya terus keluar kan frozen pureed brocolli and potato, mix dengan a bit of cheese and tambah pasta yang dah direbus tadi. Baru dia makan ada lah lebih sikit.

Hai, buntu memikir menu makan anak ni. Dahla bahan-bahan kena berjaga-jaga, no salt and sugar and whatnot but at the same time kena vary the taste supaya tak bosan, pening. Hehe. Pagi tadi try buat potato soup guna homemade serbuk bilis, bawang, a bit of shredded carrot and daun bawang. Harap Thaqif makan la.
 

Blog Template by YummyLolly.com - Background image by Jen Furlotte