Wednesday, September 14, 2011

Tazkirah IKIM.fm & Salmon

Semalam sampai rumah MIL jam 7.40pm sebab balik kerja singgah Tesco grocery shopping. Akibat bosan dengar lagu-lagu, bukaklah radio IKIM.fm kot-kot ada orang ngaji Quran sedap sikit telinga dengar. Ada tapi pendek je, lepas pada tu ada tazkirah siaran ulangan pagi semalam punya. Dengarla. Bagus sebab ustazah tu jenis yang short and concise, senang nak faham. So pagi ni bukak la jam 7.30am, ada dia muncul lagi. Tazkirah hari ni pasal rezeki.

Since saya ni mata duitan yang sentiasa nak mengejar/impi salary banyak and selalu berharap agar rezeki ni melimpah ruah memanjang, topic ni memang kena untuk saya. Untuk mengingatkan saya macamana nak dapatkan rezeki yang melimpah ruah seperti yang diidamkan. In summary, kata ustazah tu, kita harus lakukan the following:

(1) Mesti memohon (berdoa) untuk rezeki kepada Allah. Kalau tak mohon memang tak dapat la. Allah suka orang yang memohon darinya. Allah mendengar semuanya.

(2) Bangun tidur sebelum waktu Subuh kerana pintu rezeki terbuka pada waktu itu.

(3) Sentiasa memberi pada ibu dan bapa, kalau lelaki yang telah berkahwin kena terus memberi pada kedua ibu dan bapa kerana syurga lelaki tetap di bawah tapak kaki ibunya. Lagipun, tak akan rugi kita walau sesen pun dengan memberi kepada ibu dan bapa.

(4) Zakat adalah kewajipan, jadi harus tunaikan zakat, potong dari pendapatan. Sedekah itu sunat tapi dengan bersedekahlah kita boleh menarik (mendapatkan) rezeki dari Allah. Allah itu akan sentiasa menambah rezeki orang yang bersedekah itu berlipat ganda dari apa yang disedekahkan. Tapi zakat harus dibayar dulu, sebelum kita bersedekah. Kalau misalnya kita ada RM100 je lagi untuk belanja untuk 3 minggu sebelum gaji masuk, cubalah tarik keluar RM10 atau RM20 untuk bersedekah, insyaAllah Allah akan tambah rezeki kita.

(5) Mesti yakin dengan Allah.

Mudahkan nak dapatkan rezeki? Lagi satu ustazah tu ada sebut yang kita patut ajar anak-anak kita contohnya bila kita tanya kat anak kecil "Siapa yang bagi adik makan?" biasanya anak kecil jawab "Mama bagi". Kalau boleh kita didik dan "tukar" kata "Allah bagi..".

OK, itu saja nak share. Oh sambungan dari entry semalam pasal menu Thaqif. Hari ni mommy nya try masak ikan salmon rebus sikit dengan halia dan lepas dah rebus ditabur dengan bawang goreng yang digoreng dengan unsalted butter. Bau dia harum sangat. Bekalkan jugak porridge biasa letak ikan bilis, carrot and bawang sikit. Tadi MIL sms kata Thaqif suka ratah ikan tu. Aduh, happynya la mommy dengar tatkala berat dia turun 200gm masa demam hari tu akibat tak makan sangat.

Gambar cooked salmon
from google, lupa nak
tangkap gambar pagi tadi

Pas ni teringin nak try menu Fruity Chicken taken from AnnabelKarmel's website.

Apricot Baby Food Ingredients:
1 tbsp sunflower oil

40g chopped onion

2 chicken thigh fillets (approx 175g), trimmed and cut into pieces

200g sweet potato, peeled and chopped

8 dried apricots, chopped

400 ml chicken stock


Method:
Heat the oil in a pan and saute the onion for 4 minutes or until softened but not coloured.Add the chunks of chicken thigh and sauté for about 2 minutes.Add the sweet potato and sauté for one minute.Add the chopped apricots and pour over the chicken stock.Bring to the boil, then cover and simmer for about 15 minutes or until tender.Blend to a puree.

1 comment:

  1. betol kak pasal rezeki tu tapi skang ni bayar zakat tak tau la ke mana p nye duet tu, lastly ramai yg buat bg terus je kat fakir miskin.. ingat nak bt camtu gak la..

    ReplyDelete

 

Blog Template by YummyLolly.com - Background image by Jen Furlotte