Thursday, September 15, 2011

Thaqif & Baby Cot

Thaqif dari baby sampai sekarang ni memang tidur dalam cot and also dengan kami. Dia memang dari baby halus dah dibiasakan tidur dalam cot. After confinement, I started to adopt the sideway position untuk BF Thaqif time malam so that I get to sleep. Jadiknya, once Thaqif bangun malam nak BF, mommy ni angkat dia dari cot and BF atas bed kami so sampai ke pagi dia tidur dengan kami. Sampai sekarang sama juga, dia dah tidur letak dalam cot then bila mommy masuk tidur and BF dia sekali tidur dengan kami.

Itu tak ada masalah.

Yang masalahnya ialah, Thaqif ni tak boleh langsung kita biar letak dia main walau seminit pun dalam cot sementara nak mandi ke apa (kalau berdua je dengan dia or kalau walid tengah solat mommy tengah mandi ke masa nak siap pi kerja). Langsung tak boleh. Dia akan nangis raungan macam kena dera. Once angkat terus automatic senyap! Anak korang macam mana? Hai, si bocah (budak dalam bahasa Jawa) ni memang tak kena jiwa dengan carseat and cot. At least carseat dah a lot better dah besar ni. Tak de la dah macam dulu lagi. Tapi lepas 1 hour harus ngamuk dalam carseat if dia berjaga je.

Mari tengok gambar-gambar bocah ngamuk dalam cot!

Mula-mula nangis kesian,
rayuan kat mommy untuk
"lepaskan" dia

Tak berjaya. Buat lagi kesian


Rintihan yang memang biasanya
mengalir air mata berderu-deru
sampai hingus and batuk-batuk
jugak
(spot his 2 front teeth, muncul masa 10 months, lewat!)

Oh, on a different note, selama mommy nya masih hangat menukar-nukar (tukar sangat la tu hehe) menu Thaqif la ni, ini dipamerkan menu hari ni. Semalam nampak ikan salmon yang mommy buat ada tak habis sikit. Hai, adakah dia ni tak suka fish macam mommy? Jangan la begitu. Fruits puree pun dah tak nak semenjak dua menjak. Sama ada dia bosan dengan apple and pear puree atau totally tak nak fruit puree dah! Kena tukar fruits lain la, tapi tak banyak choice sebab dia tak suka banana, papaya, watermelon, honeydew, rock melon, plum. Ayoo..


Baby pasta + vege gravy (brocolli & potato)
Lupa nak letak cheese!

Porridge ikan bilis, bawang & carrot

Potato soup

Buah lai (pear family)

Semua buat Subuh tadi. Mula-mula bangun masak sup sayur and fishball untuk MS bersahur (itu je, sian tak de lauk lain sebab wife dia macam malas-malas skit tadi haha), pastu sambung masak makanan Thaqif. Jadi seorang isteri and seorang ibu memang lain. While you would do just about anything for your child, that does not apply to your spouse. Semangat dia memang lain. Bukan tak sayang husband sendiri, cuma semangat tu memang ada lain sikit. Ah, tapi tak boleh la macam tu kan. Tak aci, untuk anak berhabisan, untuk husband tak all out pulak? Huhu. No good no good. Hehe.

No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com - Background image by Jen Furlotte