Wednesday, September 28, 2011

Toys

Macam mana pembelian toys korang pada anak ya? Maksudnya dari segi harga toys tu? Macam PinkGremlin memang la boleh kata sangat particular and sensitive to the price. Saya jenis yang rasa sayangnya nak buang duit for toys, in general. Tapi sebenarnya tengok jugak pada jenis toys. Kalau yang pakai lama and sangat berguna untuk pembelajaran dia, ok la nak spend lebih. Tapi kalau tak, jangan harap mommy ni nak beria-ria keluar duit bagai. Kalau buku maybe la lain cerita kan.

Sebenarnya dah lama mommy ni teringin nak belikan Thaqif walker. Yang minat of course la from Fisher Price kan, tapi sebab harga dentum, batalkan je niat nak bagi Thaqif walker. Tapi tiap kali pi ToysRus or Parkson ke or kedai-kedai jual toys, mesti pusing-pusing tengok walker. Semua hampa sebab harganya tetap sama. Hehe. Kedekut la mommy ni.

Actually, I have not been purchasing Thaqif his toys for quite sometime now. Clueless on what to get him and some that I like is way too expensive. So I went to Tesco Puchong the other day to survey items for goodie bags, sekali ada sort of baby fair there. Then I saw something. That literally made my eyes shinning.

Nampak toy lap top comel. Tapi sebelah dia nampak walker! Dengan harga RM39.90 sahaja after discount. Of course it was not Fisher Price! It was Tesco's own product (going by the name of Little Steps). So terus belek. Nampak kukuh and color dia bukan jenis toy yang akan luntur colour dia/scraped off too soon. Kena belek pasal MS anti beli cheap stuff yang in the end cepat rosak. Nanti asik kena bebel dari MS. Nampak ok and gaya tahan lama walau murah. Terus grab peluk kotak walker tu. Sayang sungguh tak dapat beli warna pink purple sebab it was too obvious that it is meant for babygirl. Terpaksa usung warna rainbow colourful tu! Errhhh. Call me cheapskate but yay I got the walker hehe.

Mini lappy

Akhirnya dapat jugak mommy beli
walker for Thaqif. Tapi hodoh colour tu!

Macam biasa nak jugak update pasal menu Thaqif hari ini. Sempat buat begedil ikan saja sebab bangun lambat. Hasrat nak buat cekodok pisang tak tercapai hari ni.



No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com - Background image by Jen Furlotte