Monday, October 24, 2011

Resepi Finger Food For Baby / Toddler

Bukan main lagi PinkGremlin ada hati nak bagi resepi kat orang. Masak pun bukan reti mana, ada hati kan. Hehe. Ala sekadar resepi untuk anak-anak yang belum pandai nak komen sedap ke tidak, boleh la saya bagi kan :) Hehe.

Anyways, I have two recipes to share, I made this for Thaqif's breakfast and tea time recently.

Oat/Cereal Coated Chicken "Nuggets"
Ingredients:
Isi ayam siap direbus and blend/carik
Daun bawang & daun sup dipotong halus
Bawang
Ikan bilis
Sweet potato siap direbus
Kacang peas
Tauhu air siap direbus
Telur
Oat/cereal

Method:
1. Goreng ringan ikan bilis yang telah dicincang halus (atau lepas goreng blend atau tumbuk) dengan bawang yang jugak dipotong halus/tumbuk. Goreng  dengan sedikit olive oil/unsalted butter.
2. Lenyekkan tauhu air, kacang peas dan sweet potato.
3. Gaulkan semua bahan (1) dan (2) di atas bersama daun bawang & daun sup.
4. Gumpalkan bentuk bola kecil atau "nuggets".
5. Salutkan dengan telur bahagian luaran balls tersebut.
6. Gaulkan dengan oats atau baby cereal.
7. Goreng dengan sedikit olive oil sehingga masak. Actually if tak guna telur, goreng sekadaran je sebab ingrediants semua dah memang masak. Tapi if takde telur macam mana nak lekatkan semua bahan tu kan :)

Popiah goreng
Ingredients:
Isi ayam / daging dah direbus dan blend/carik
Carrot dah direbus
Sweet potato dah direbus
Tauhu air dah direbus
Lain-lain vege seperti cauliflower, brocolli etc dah direbus
Bawang
Ikan bilis 
Kulit popiah

Method:
1. Segala sayurang tu lenyekkan.
2. Goreng ringan ikan bilis yang telah dicincang halus (atau lepas goreng blend atau tumbuk) dengan bawang yang jugak dipotong halus/tumbuk. Goreng dengan sedikit olive oil/unsalted butter.
3. Gaul semua bahan-bahan di atas menjadi inti popiah.
4. Letakkan inti popiah di atas kulit popiah dan gulung.
5. Goreng ringan popiah dengan sedikit olive oil.


First attempt, rupa agak hodoh :)

Ah, Thaqif makan banyak popiah tapi nuggets tu tak banyak sangat maybe sebab cereal tu manis, Thaqif tak suka manis-manis sangat. Hehe. Resepi ni senang tapi a bit oily tu yang tak best. Anyway, selamat mencuba.

1 comment:

  1. kau mmg rajin masakkan utk thaqif, aku malas nak masak utk baby ni sbb kena blend la, byk benda nak kena lenyek, aku suka masak makanan sebenar. hehehehe

    ReplyDelete

 

Blog Template by YummyLolly.com - Background image by Jen Furlotte