Thursday, November 10, 2011

Tidur Berasingan?

Semalam terbaca dalam akhbar Harian Metro artikel bertajuk "Tidur Asing Latihan Berdikari" dan "Hubungan Terjalin Pada Waktu Jaga". Actually artikel tu kupas isu melatih anak tidur asing dari ibu bapa seawal usia setahun enam bulan. Artikel ni memang menggalakkan ibu bapa untuk train anak-anak dari kecil, seawal mungkin untuk tidur asing dari mereka. Kalau boleh dari newborn, macam amalan mat salleh tapi bila dia lihat budaya kat Malaysia kan biasanya memang newborn tak akan tidur berasingan dari ibu bapa, artikel ni sarankan dari umur dua tahun.

Maksud tidur berasingan dari ibu bapa dalam konteks artikel ni adalah tidur di bilik berasingan dari ibu bapa dan jugak tidur sebilik dengan ibu bapa tetapi katil berasingan (ni pada peringkat permulaan/training). Kalau kita tengok, dengar dan maybe dari experience sendiri pun, rata-rata orang Malaysia ni mengamalkan budaya tidur bersama anak-anak, dalam erti kata lain, tidur sekatil atau pun tidur sebilik atau se-ruang tamu :). Rata-rata alasan ke atas amalan budaya ni biasanya cakap susahlah nak train anak-anak tidur asing, susahlah sebab anak-anak takut tidur sendiri, seronokla tidur ramai-ramai sebab dapat bermesra sebelum waktu tidur dan lain-lain alasan. Bagi ibu yang breastfeed baby atau toddler nya, lagi la selalunya memang mengamalkan tidur sekali/sekatil atau co-sleeping. Kalau kita baca rata-rata tentang breastfeeding pun banyak yang sarankan co-sleep dengan anak supaya senang dan dapat kerap menyusukan semasa anak tidur, betul? Hehe.

Tapi, cuba baca artikle ini dan jugak yang di sini. Semua promote latih anak tidur berasingan seawal mungkin kan? Sebab anak akan menjadi lebih berdikari jika cepat tidur berasingan. Artikel tu pun menyangkal alasan ibu bapa yang kata kalau tidur sekali "bonding" lebih sebab dia kata hubungan antara ibu bapa dan anak terjalin waktu anak berjaga. Lagi, ada macam-macam tips untuk train anak tidur berasingan. Dalam artikel tu pun ada cakap, walau ibu breastfeed sekalipun, sila latih anak tidur berasingan, iaitu, susukan anak dan apabila anak sudah kenyang dan tertidur, letak kembali anak di katilnya sendiri.

Wah wah wah, memang best artikel ni. Pada opinion saya memang benar belaka yang jika kitra train anak tidur berasingan, anak akan jadi independant dan jugak boleh hindarkan perkara yang tak diingini macam anak ternampak perlakuan ibu bapa yang tak sepatutnya dilihat. Lagi, memang betul kata dia suami isteri akan ada exclusive time sendiri jika anak tidur berasingan. Dan betul jugak bila dia kata anak akan belajar batasan dan nilai-nilai menghormati hal-hal peribadi seperti mengetuk pintu sebelum masuk bilik ibu bapa. Semua betul. Ada tak yang tak betul? Hehe. Maybe tak ada yang tak betul tapi "payah" yang ada. Hehe.

Payah macam mana? Ok, dari experience saya sebagai breastfeeding mommy. Sepanjang confinement, saya breastfeed Thaqif secara duduk every two hours Thaqif bangun nak menyusu. Memang terkebil-kebil dan tersengguk-sengguk tiap kali BF Thaqif. Saya BF secara duduk sebab masa tu tak "discover" lagi posisi mengiring dan saya tak nak tertidur sebab lepas BF kena burp kan Thaqif. Ok, memang penat BF duduk. Tapi tak apa sebab masih bercuti pantang. Masuk Thaqif almost four months, saya start BF secara mengiring tapi sangat berhati-hati dan selalu end up tidur ayam sebab risau because Thaqif masih kecik. Lama-lama rasa sangat mudah and sesuai BF mengiring, tambah-tambah lagi bila dah start kerja balik, BF mengiring dapat tidur jugak! Hehe. Jadi, kesimpulannya, adakah lepas BF berbaring, kita akan sedar and letak balik baby dalam cot dia? Hakikatnya kita pun dah lelap dengan selamat bukan? BF mengiring memang dianjurkan supaya ibu dapat berehat, especially jika di permulaan BF bagi ibu yang c-sect. Nama pun untuk berehat, tidur la jawapannya kan :). Kita perlu rehat/tidur secukupnya, perlu dititik beratkan jugak, untuk kesihatan mommy sendir jugak. Kalau hari-hari masuk tidur jam 12 malam, bangun seawal 5.30 am, mesti la dapatkan quality sleep kan. Of course saya akan keep on breastfeed secara mengiring!

Anyway, bagi saya, itu la "kepayahannya" bila kita BF especially mengiring macam saya, pasti dah tertidur sambil BF, macam mana ke gayanya nak angkat Thaqif masuk dalam cot dia semula? Hehe. Jawapnya tak la kan. Ok, saya boleh bagi seribu satu alasan kan. Tapi yang sebenarnya saya dengan MS memang sudah dan masih train Thaqif untuk tidur berasingan di cot dia at every single opportunity that we have. Di sebelah katil kami memang letak cot Thaqif. Selagi kami belum masuk tidur, Thaqif yang biasa tidur dalam range dari 8.00 pm or 9.30 pm akan tidur dalam cot dia. Once kami dah masuk tidur dalam jam 12 macam tu, once Thaqif bangun untuk BF, saya teruskan je dia tidur kat katil kami sebab saya sendiri dah tertidur. Hehe. Tapi lain-lain pada tu, selagi kami berjaga, biasanya Thaqif akan tidur dalam cot dia. Macam kalau dia tidur di siang hari weekend ke, biasanya dalam cot. Kecuali bila dia ragam asik terjaga every time kita letak dalam cot (dia macam tau je, bila letak atas katil besar and letak atas cot!), dia dibiarkan tidur kat katil kami.

Overall, we intend to get him to sleep on his own bed as much as possible. Plan nak praktikan by two years dah start ajar dia tidur dalam his own room. Semoga berjaya. Hehe. Macam mana kalian semua?

Tidur dalam cot di siang hari

Main/bergolek dalam cot
when he was small


Bukti acara tidur di katil besar, hehe.

3 comments:

  1. Ooo.. Mmg susah la eda... Sy masih tak berjaya...
    Sy penah baca artikel it's good to sleep together...
    Baca lama dulu.... Lupa dah kat mana...
    Parents kena control perlakuan of course...
    Marital activity can be done at other room...

    But still not do sure

    -mona-

    ReplyDelete
  2. oh aku berjaya bagi aqil tidur berasigan at the age of 1 year +++ nak dkt 2 tahun. dia mmg lena tidur sendiri, maybe sbb aku bfeed dr dia kecik duduk, so mmg lepas bf terus letak dia dlm cot, dia sgt2 jarang tidur atas katil sama2, sekali sekala je bila abah dia mintak, sbb abah dia kadang mmg sukala nak tidur dgn anak.

    Tapi mikhael agak liat sikit, katanya takut hantu. hahahahahha. tapi skrg dah so much better. dua2 pun tidur dlm bilik sendiri.

    ReplyDelete
  3. Bagusnya.... Dulu masa baby, adam tido dlm cot dia. Sejak cot dia x muat dah, aka adam dh besar, kami tido bersama till now.

    Huuu.... Mula2 letak kan katil dia dlm bilik, bersebelahan ngan katil kami. Dia xnk tido situ. I siap beli bed sheet yang cantik la konon. Last2, kami combined katil, tapi akhirnya end up tidur di ruang tamu. Huuu

    ReplyDelete

 

Blog Template by YummyLolly.com - Background image by Jen Furlotte