Thursday, December 15, 2011

14 Months ++

Hi, lama sudah tidak bersiaran. Busy di office and kat rumah pulak susah nak update through Ipad sebab nak upload gambar tak mampu akibat ianya tak support bluetooth. Leceh. Anyway, I've been meaning to blog about Thaqif's first birthday party, tapi later la ya.

Dah lama rasanya tak put down my toddler's milestones. Nanti bila in future nak dikenang-kenang kan ada catatannya. Hehe. At 14 months ++, Thaqif is pretty much a "big boy" already. Banyak yang mencuit hati kami husband and wife hehe. Some of aksi-aksi yang mommy ni ingat yang dia dah boleh since 11 or 12 months rasanya (maybe some earlier, tengok tak ingat sebab tak jot down hehe) are:

1. Sudah pandai bergoyang-goyang macam lalang apabila dengar zikir di TV
2. Sudah pandai "baca doa" dan mengaminkan doa sebelum makan
3. Sudah pandai "solat" atas sejadah - hakikatnya solat dia ialah duduk atas sejadah and bertakbir dan sujud, hehe. Tapi dia memang faham kalau ditanya "sudah solat?"
4. Sudah pandai brush his teeth - I bought him a toothbrush yang ada three in one pack, it goes by ages/number of teeth you have and ada bell dalam dia, bila brush berbunyi-bunyi, tu yang dia suka kot hehe
5. Kerap mimic or ikut apa yang kita sebut even masa breastfeed, mouth full tapi masih nak mimic!
6. Sudah gerak-gerak badan untuk dance apabila dengar lagu
7. Sudah faham percakapan atau arahan kita contohnya bila diminta kemas toys atau letak barang dalam sesuatu tempat, cuma dia nak buat ke tidak sahaja, selalu dia mengelat walau dia tau apa yang kita arahkan tu, terus dia meluru je ke mana-mana! Hehe
8. Sudah mula indicate nak buka baju sendiri
9. Sudah pandai cakap "nak tek" whenever he wants to breastfeed. He decides when he wants it, no such things as mommy has to prompt him, not anymore
10. Sudah pandai point ke arah chest mommy dan selak baju untuk breastfeed
11. Masih mampu sebut "nak tek" bila ditanya "nak apa" walau sedang groggy sebab bangun tidur untuk breastfeed atau dalam tangisan nak breastfeed
12. Sudah ada gaya  macam faham apa yang ditonton di TV  (macam khusyuk pun ya)- hai susah nak bendung dia dari tengok TV kerana bukan kita menjaga dia 24 jam huhu
13. Lari jauh-jauh dari benda yang "berbulu" macam bathroom mat berbulu, teddy bear, kulit rambutan
14. Sudah pandai comb his own hair
15. Suka punggahkan balik baju yang telah elok dilipat/susun, kumbah dari basket and campak satu-satu ke lantai (cheeky cheeky Thaqif)
16. Sudah tunjuk "boyish" nya, suka serang and "hempap" cousin dia, walid dia seolah-olah main wrestling or something like that
17. Pernah sekali dia tengah duduk di sofa, kejap saja mommy ni ke kitchen, tengok-tengok dia tengah beraksi riding a bike atas armrest sofa tu!
18. Terbaru, he surprised me by suddenly and out of nowhere cupping my face and staring at me intensely in the eyes, before kissing me! Terkejut dengan aksi tu!
19. Time mandi selalu dia berdiri pegang (tak pegang pun hehe) wall, sebabkan tap tu setinggi dia, dia selalu buat aksi drink from the tap! Terkejut sangat masa first time nampak!
20. Kadang-kadang "nyanyi" la la la sorang-sorang
21. Sakan beraksi kalau bergambar dengan his cousins
22. Sudah pandai mintak diletakkan lotion/powder kat tangan untuk dia sapu ke badan dia
23. Sudah pandai flying kiss
24. Sudah pandai datang and kiss cheek if we point to our cheek, kalau dulu kita cakap "kiss mommy" or "sayang mommy" dia kiss, sekarang tunjuk saja cheek sudah boleh
25. Rajin "baca" buku masa duduk dalam carseat dia (kalau mommy nya dah pening  dah)
26. Sudah master salam cium tangan dan kiss cheek atuk, nenek, etc. bila sampai dan sebelum balik

Ah itulah antara yang ingat, apa-apa pun memang selalu terhibur tengok aksi-aksi dan gelagat dia sejak dah "big boy" ni.

Okla, till we meet in the next entry. Chow.

2 comments:

  1. dear,
    mane bole beli brush teeth tu? brand ape?
    thx

    ReplyDelete
  2. Sya,

    Brand Anakku. Dia pack dalam box colour white and blue, ada satu stick dia, yang lain tu kita ganti-ganti tukar bahagian brush tu ikut age/number of teeth anak ada.

    ReplyDelete

 

Blog Template by YummyLolly.com - Background image by Jen Furlotte