Friday, January 13, 2012

Breastfeeding : What Kept Me Going

Another entry on breastfeeding.

Thaqif is now 15 months old. There is still a long way to go.

Tipulah jika saya kata saya tak pernah rasa penat, letih, terkejar-kejar, tiada masa free dan berfikiran "lamanya journey ni" when it comes to breastfeeding my son. Tambah-tambah bila dia dah makin besar and makin kurang minum, memang sudah agak "senang" saya rasa kerana tak lagi kena pump di malam hari di rumah atau di Subuh hari. Gone are the days :) Haha. Sekarang hanya pump di office sebanyak dua kali, satu during lunch hour, satu lagi after office hours. Bila ada hari-hari tiba-tiba hasil pump kurang dari biasa, mula la rasa hai malasnya, kena pulak pump masa kat rumah sebab nak cukupkan bekalan esok. Ada kala sungguh malas hingga sudah sentuh frozen EBM stock. Sekarang hanya tinggal ada 25oz saja haha. Kes malas pump and tak ganti yang diambil dari stock.

Belum lagi cerita tentang back pain akibat mengiring most of the time waktu tidur malam! Ya Allah, punya la sakit hingga hari-hari mintak MS massage kan. Gaya minum Thaqif dah bertukar since he turned one. Dia kurang minum siang, tapi waktu malam tidur asyik nak minum berkali-kali seolah-olah kembali ke zaman masa dia baby kecik! Jadi mommy memang tidur mengiring saja jawapannya! Kat situ je dah kadang rasa "bila Thaqif nak 2 years..". Kadang-kadang cepat-cepat beristighfar dalam hati, takut bila complain, Allah tarik nikmat untuk breastfeed Thaqif.

Jadi, apabila saya rasa letih, penat, back pain yang sentiasa menyerang, saya renungkan yang ini:-

1. Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

2. Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

3. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

(from here)

Memang sure terus rasa syukurnya Allah bagi dan masih terus bagi nikmat untuk saya breastfeed Thaqif. Saya selalu fikir, jangan mengalah, kenapa Allah masih bagi nikmat ini? Yang sebenarnya Allah mahu beri saya jalan "senang" untuk dapatkan pahala! Ini yang saya fikir setiap kali sekarang ini. Allah buka peluang paling "senang" untuk saya kumpul pahala!!

Bukan semua orang dapat peluang ini benar? Atau dapat peluang begini tanpa kena lalu rintangan bukan?  Saya kira breastfeeding journey saya alhamdulillah, tidak terlalu banyak rintangan. Jadi saya harus bersyukur habis kan!

Semoga saya terus mendapat nikmat Allah yang satu ini, semoga Allah bagi peluang untuk saya cuba capai perkara yang ketiga itu! MasyaAllah.

1 comment:

  1. Rasa rindu saat2 bf kan Ammar dulu. Ammar sempat bf setahun jek..sebab i dah pregnant and susu takder. Dahla dia dapat BF weekend or time i cuti and balik melaka je. Yang lain minum EBM..sebab PJJ..sedih gak la..huhuu

    Untuk u..semoga dapat bf kan Thaqif sampai 2 tahun.. :)

    ReplyDelete

 

Blog Template by YummyLolly.com - Background image by Jen Furlotte