Tuesday, January 31, 2012

Cloth Diapering Thaqif Shah

Hello. Lama tak update blog. Macamlah busy sangat hehe. Ingat lagi post PinkGremlin pasal "Panggilan Penghijrahan"? Hehe, masa tu baru terima sebeban cloth diapers (CD) yang affordable dari a few resellers online. Niat nak berCD ni sebenarnya dah lama terlintas, tak silap sejak Thaqif dalam 8 or 9 months, tapi sebab kurang research tentang ilmu cloth diapering, niat ni tertangguh hingga Thaqif berumur 14 months. CD pertama saya beli di Midvalley Baby Expo bila tak ingat (sampai tak ingat kan!) beli 2 CD saja, Lunatots dengan Autumnz. Masa tu tak banyak pilihan pun.

Entah macam mana December 2011, tiba-tiba semangat nak berCD datang kembali, maybe lepas buat banyak sikit reading on CDing, tanya kawan-kawan and join FB group on CD, tengok macam tak la susah sangat atau membebankan. Kebetulan December ada Year End Sale, PinkGremlin pun borong la segala brand affordable CDs, mengambil advice old timers yang cakap kalau baru nak try, better go gor affordable CDs dulu.

Selepas buat pre-wash, start pakaikan CD on Thaqif, the first 2 weeks during weekends sahaja, then bila hantar ke rumah MIL, saya bekalkan CD jugak, with notes on DOs and DON'Ts, terang serba sedikit pada MIL. Sampaila hari ni, alhamdulillah, tak rasa terbeban langsung, lagi seronok adala. Paling bagus ialah duk make sure Thaqif tak pakai CD more than 4 hours, rasa macam suci betul sebab kerap tukar diaper. Kalau pakai disposable diapers selalu je "terlajak" hehe sebab memang dispos jarang sangat nak leak. Pengalaman CD leak kena 2 kali saja, sebab CD tu macam agak besar, walau dah pakai ketat pun, somehow macam besar. The first week MIL try CD, asyik leaking, I told her kena pakai ketat sikit as I know MIL punya style memang pakaikan diaper loose sikit sebab memang dengan dispos macam tu. So sekarang memang tak berapa dengar cerita leaking lagi dari MIL.

All together I have 24 CDs, satu pemberian kawan masa birthday Thaqif. So tak da la terkejar-kejar membasuh, sebab quite sufficient. Tapi belum fully berCD, malam masa tidur masih tak berCD sebab duk nak try and carik yang mana yang ok. And MIL pun ada kala campur CD and dispos, as I did tell her to try it out first. But so far so good. Washing it pun no problem as in time consumption, memang tidak terasa langsung terbeban seperti yang disangka sebelum ni. Tapi part paling tak best nak knock off the solids from CD! Hehe, tapi teringat pesan my mum and dengar juga tazkirah di radio about Islamic parenting. 7 tahun pertama memang ibu bapa dalam posisi menjaga (really take care) anak seolah-olah menjadi "hamba" kerana semua kita buat. Maka, nak buang poo poo dari CD and bilaskan nya kira jadi "no sweat" la :).

Anyways, the real reason behind my CDing Thaqif is for environmental purpose, sebab selalu sangat terbaca it takes about 550 years for disposable diapers untuk lupus naturally. And also as part of natural parenting hehe, pernah terasa breastfeeding dah buat, homemade food juga dah beri, why not CDing juga kan :). But of course those are just part of natural parenting. Banyak lagi the common natural parenting things yang tak terbuat hehe. Segala babywearing, homeschooling, limit and monitor TV time, co-sleeping, organic food and stuff, dan macam-macam lagi.

The affordable CDs

Pre-washing them

My happy toddler in CD


Weegro yang tak bulky and
senang "handle"

Rainbow Baby yang fit Thaqif perfectly

So far my favourite ialah Lunatots and Weegro. Kalau style I prefer AIO kerana mudah macam dispos. InsyaAllah ada rezeki lebih nak try brand yang "mewah" sikit. Hehe. 

2 comments:

  1. ainul guna lunatots je.dh beli 20helai.so cukup la kot.brand lain byk tp mcm tak berminat.yelah guna cd utk jimat kan.nanti update la brand "mewah tu" tumpang tgk je la.

    ReplyDelete
  2. jue pun CDing rayyan.. until now ada 15set je... best pakai CD ni jimat duet beli pampess.. hehe tapi penat sket la kene cuci ari2 kan..

    ReplyDelete

 

Blog Template by YummyLolly.com - Background image by Jen Furlotte