Monday, April 16, 2012

Anak Ini!


Semalam masa mandikan anak ini, dia mintak saya bukak tap. Bila bukak, dia basuh kaki kanan, kemudian kaki kiri. Saya rasa pelik sebab macam wah orang besar je. Sekali saya ingat, nenek dia memang ajar dia ambil wudhu lepas mandi sejak dia baby lagi. Terlintas balik acara dia basuh kaki kanan and kaki kiri dengan sendiri tu sebijik acara berwudhu masa basuh kaki. Petang tu mandikan lagi mommy terkejut. Dia letak jari jemari tangan kanan bawah tap water dan basuh telinga dia, sebijik cara mengambil wudhu. Basuh telinga sungguh-sungguh, bukan main lalu air, gaya basuh telinga dari belakang ke depan telinga sama seperti orang mengambil wudhu.

Mommy terpana sekejap. Betul kata orang, apa saja yang kita mahu, kita train saja anak dari kecil. Bak kata orang melentur buluh biar dari rebungnya? Thaqif diajar nenek berwudhu dari baby, harusla sekarang dia sendiri boleh dengan sendiri praktikkan beberapa steps berwudhu. Subhanallah. Walau kalau anak orang lain pun boleh buat diusia 18 months atau earlier, mommy ni tetap terpegun juga sebab tengok sendiri dengan mata dia berwudhu  diusia 18 months, walau tak semua step / sequence ada.

Sekarang mommy jadi sungguh bermotivasi nak train Thaqif macam-macam hehe. Thaqif jugak diajar nenek (nenek lagi kan hehe) belajar bahasa Arab. Semalam nenek datang rumah, sebut anggota badan and pakaian dalam bahasa Arab. Thaqif tunjuk depan mommy semuanya. Nenek sebut kaki dalam bahasa Arab, dia jerit "kaki". Nenek sebut seluar dalam bahasa Arab, Thaqif tunjuk seluar. Nenek sebut perut dalam bahasa Arab, Thaqif tunjuk perut. Mommy hanya banyak ajar English saja haha. Tu pun bila sempat. Memang nenek pun ada cakap masa dia baby, Thaqif belajar English kat rumah lah (dengan mommy and walid) tapi bila kat rumah nenek pun dengar juga nenek converse in English kadang kala. Alhamdulillah, Thaqif sudah boleh faham simple instructions dalam bahasa and English. Thanks to walid, rajin layan Thaqif cakap in English. Opah pun sama. Mommy asik taksub dengan breastfeeding journey Thaqif and pemakanan Thaqif jek hehe. Tak apa la, parenting is to be done together by us. Opah cakap Thaqif fast learner. Mommy tak pasti sebab mommy tak compare dengan anak-anak sebaya Thaqif, memang tak digalakkan compare. Tapi I am so proud of my little boy.

Mommy cakap pada walid, it appears like Thaqif lives up to his name. InsyaAllah.

Thaqif = Bijak dan cepat faham.

No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com - Background image by Jen Furlotte