Wednesday, May 30, 2012

My Breastfeeding Journey At 20th Month

Ya, masih lagi. Masih lagi breastfeed Thaqif Shah. Ya, dia akan berusia 20 months on this coming 3rd June 2012. Walau memang bukan fully tapi alhamdulillah 90%. Cuma top up formula dalam 3 oz saja (sebotol) kalau mommy balik lambat dari office. Kalau tengah minum FM tiba-tiba mommy balik, harus campak botol tu. Nak yang original. Hehe. Mommy happy walau bazir FM (maybe tak terasa pembaziran sebab jarang beli FM).

Ya, masih lagi. Masih lagi rasa sedih setiap kali pulang kalau ternampak satu botol bancuhan FM dah dibuat. Ntah kenapa, dari dulu sampai sekarang yang sudah makan masa berbulan-bulan tu, perasaaan sedih bila nampak botol isi FM dah diminum. Aneh? Rasanya tak sebab kawan-kawan seangkatan rasa yang sama. Taksub dengan susu ibu? Tidak. Maybe ada yang sangka ya, saya taksub kalau dengar dari cara percakapan. Tapi tidak. Kalau "taksub" dah lama saya cari ibu susuan. Kalau taksub dah lama saya "haramkan" FM. Kalau taksub dah lama saya sanggup bersengkang mata buat power pumping or bangun pump tengah malam untuk cukupkan bekalan esok. Nampak bukan? Saya bukan taksub dengan susu ibu. Cuma ada satu perasaan yang ada dalam diri ni, susah nak digambarkan. Perasaan gembira, puas hati, relief dan macam-macam lagi bila dapat beri anak susu badan. Nak kata sebab perjuangkan khasiat titisan emas (susu ibu), ya juga, nak kata sebab bonding melalui susu ibu dengan anak tatkala bekerja, maybe juga. Ntah, sukar nak explain.

Ya, masih lagi. Masih lagi bertahan. Bertahan apa? Bertahan mengusung pump ke office untuk pump 2 or 3 kali di office. Masih bertahan tiba-tiba kena pump di malam hari sebelum tidur sebab production susu makin rudum. Dari tak perlu pump untuk sesi malam, dah kena pump macam dulu-dulu. Thaqif minum dalam 8 ke 10 oz selama mommy kat office. Mommy hanya berjaya produce 6 oz di office. Lagi 1 ke 2 oz di rumah. Kalau hari Thaqif minum 10 oz, yang sebotol lagi ialah FM jawabnya. EBM stock? Dah halus. Memang sejak azali sehalus 50 oz saja at all time, sekarang dah jadi 15 oz saja. Tak percaya? Percayala.

Ya, masih lagi. Masih mengharap. Mengharap dapat breastfeed Thaqif sampai dia 2 tahun. Walau  dengan EBM frozen stock sesikit 15 oz, kalau ada rezeki, insyaAllah boleh capai. Harapnya begitula sebab stock hanya dipakai time emergency macam mommy tak sihat nak pump or tak sempat or susu rudum teruk. Kalau dulu, dah ambil stock pasti boleh ganti. Sekarang? Nak dapat bekalan harian pun susah payah, apa lagi nak buat stock!

Ya, masih lagi. Masih lagi bersyukur kerana Allah beri rezeki Thaqif minum susu ibu sampai hari ini. 90% susu ibu bagi saya, sudah cukup beruntung. Berharap agar rezeki Thaqif minum susu ibu 90% (hehe patut 100% kan tapi mommy ni sedar diri, sedar reality walau semua itu bukan impossible) akan berpanjangan lagi 4 bulan. Kalau dapat, tercapailah niat saya untuk BF Thaqif for 2 years. Apa pun, saya bersyukur sangat kerana Allah itu menyusun dengan cantiknya perjalanan ini. Tatkala susu merudum, Thaqif pun minum tak banyak. Memang betul rule demand and supply tu. Kalau Thaqif minum banyak, harusla tak mampu saya nak bekalkan bebanyak kan. Syukur.

Hah, semoga dipermudahkan breastfeeding journey ini! Ameen.




Ini EBM frozen stock harapan negara. Hehe.

No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com - Background image by Jen Furlotte