Tuesday, June 5, 2012

Thaqif's Menu - Garlic Bread & Mushroom Soup

Lama tak buat entry pasal makanan Thaqif. Hehe. Pasal tak ada menu baru mana pun, asik pusingan yang sama. Thaqif pun kadang tak adventurous, kita buat menu lain skit, mula la tak mau, tapi yang menu selalu pun dia dah bosan hehe.

Sekarang ni dia tengah suka makan spagetthi bolognese, nanti buat dalam entry lain. Lagi satu terbaru dia suka is flat bread pizza. Yang agak terbaru is garlic bread. Cream mushroom soup dah lama bagi and dia suka. Kali ni kasi garlic bread untuk cicah dengan cream mushroom soup :) Sedap.

Resepinya senang sangat.

Garlic Bread
Roti biasa/wholemeal, garlic disagat/parut dan unsalted butter.

Sapukan unsalted butter atas roti, tabur sikit garlic parut dan bakar atas non-stick frying pan. Siap. Rasa memang macam garlic bread di pasaran!

Garlic Bread~~

Cream Mushroom Soup
Mushroom, homemade stock ayam (or air rebusan ayam), unsalted butter, freshmilk, garlic, onion, sikit tepung jagung.

Panaskan unsalted butter atas pan. Tumis onion and garlic yang dihiris halus. Kemudian tumiskan mushroom yang dipotong halus sampai kekuningan sikit. Then masukkan stock ayam, kemudian freshmilk. Biarkan masak then masuk sikit bancuhan tepung and air untuk pekatkan soup. Siap!

Cream Mushroom Soup

No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com - Background image by Jen Furlotte