Thursday, September 13, 2012

Raya Stories - Part II


Kalau tak buat sekarang sure lenyap terus Part II raya stories I ni huhu... OK, every year pun serupa (padahal baru 4 kali je beraya sebagai sudah berkahwin hehe), sama ada pagi kat rumah parents MS and tengahari kat rumah my parents or the other way round. Sebab rumah parents MS dengan my parents is 10 minutes away. Setakat Sunway dengan Subang Jaya, halus perjalanan tu kan hehe.

This year pagi rumah parents MS. Mula cadang nak ke masjid dengan Thaqif sekali, tapi tiba depan masjid manusia punya la ramai terus tak jadi mengingatkan anakku yang seorang boy yang melari sakan, dalam sesak tu sure dia cepat je lenyap sana sini tak terkejar nanti kan hehe. So MS je la pergi masjid. So I stayed at my in laws' place dengan Thaqif.

Godek kueh raya nenek dia

Tak ingat apa tah dia mintak kat
mommy...

Mommy tepung gomak
cuba nak camwhoring
dengan anak sebab boring
berdua..

OK, around 10.30 kot, semua ahli keluarga balik dari masjid. So bersiap sedia nak salam setiap orang. Ni berbeza dengan my side. I belajar duduk ikut turutan salam setiap orang ikut seniority selepas berkahwin. Kalau my side, simple maybe sebab kami dua beradik saja. So tak ada keadaan "formal" salam berturutan kalau my side. Salam biasa-biasa saja. Tak pernah menangis pun. Tapi sebelah MS, mereka biasa mintak maaf bersungguh-sungguh hingga berjuraian air mata sebab keluarkan kata mohon maaf ikhlas dari hati so sedihkan. Tapi bila I salam dengan MS, I masih diri I, tak reti nak mintak maaf berjela-jela but he knows when I say "I mintak maaf untuk semuanya", bermakna segala-galanya tak perlu sebut maaf berkasar, maaf kelakuan buruk, maaf kata-kata salah cakap dan bahasa, halal makan minum etc. Dia tau background family I yang simple so he does not mind :)


Thaqif senyum cute santai dengan walid

So tengahari time Zohor gerak ke rumah my parents. My sister was still around sebab dia memang every year raya rumah my parents dulu and petang balik kampung hubby dia di Perak.

This year susah betul nak amik
family picture ni! Thaqif macam
tak dok diam sebab tak sabar nak main
dengan abang-abang..

My nephews..


Seperti biasa, beraksi
di tempat favourite
di tangga rumah opah

Us, yang tak ikut tema warna (MS la
tak nak tempah baju malas).
Haish next year nak take better
and proper pictures la.

All in all, raya tahun ni agak "sanggap" compared to the previous. Ta ta.

Tuesday, September 11, 2012

24 Syawal 1433 - What Breastfeeding Taught Me

Pejam celik pejam celik it is 24 Syawal. Today marks my 2 year-journey of breastfeeding my son (mengikut kalendar Islam). Alhamdulillah, syukur atas rezeki yang satu ini. Sempena meraikan hari yang sangat-sangat I tunggu ni, I just nak note down in brief what breastfeeding taught me.

1. Menghargai dan bersyukur
Menghargai rezeki Allah yang satu ini, iaitu diberi peluang breastfeed anak sendiri, sesuatu yang tidak mampu digambarkan dengan kata-kata. Ada orang yang tidak diberi peluang untuk merasakan keadaan ini.

2. Berusaha dan tidak kenal penat lelah
Kerana I diberikan rezeki production yang agak "kais" maka I had to put extra effort in this BF journey. Hempas pulas pump nak cukupkan bekalan untuk anak time kerja. Only god knows. Sejak BF, I macam "lupa" erti kata penat. I kept going.

3. Sanggup
Sanggup buat apa sahaja untuk menjayakan usaha BF terhadap anak. Anything. Sanggup spend berjam-jam untuk menjayakan misi ini.

4. Rajin
Seorang yang pemalas bisa jadi rajin kalau melalui proses BF ni. Maybe mula-mula terpaksa rajinkan diri lama kelamaan dah jadi sebati.

5. Mengingati
Mengingati bagaimana perih jerih susahnya my mum membesarkan I walau tak sempat BF lama with my mum. Tapi lebih memahami sekarang ni. Being a mommy itself dah membuatkan kita hargai ibu sendiri tapi bila BF ni menjadi lebih-lebih menghargai kot. Pendapat I la.


Started work with this much stock (only)

NIP (nursing in public)- anytime, any day and
anywhere :)

Semoga dapat BF anak kedua dan seterusnya sama seperti anak ini, inshaAllah.

Monday, September 10, 2012

Raya Stories - Part I

Hello. Bulan Syawal sudah hampir ke penghujungnya tapi saya ni baru nak update cerita persiapan raya? Apakah? Hehe, tak apa la, biar ada post untuk records sendiri nanti in future nak baca balik :) Ni kes hari tu baca post lama masa time pregnant, rasa macam thank god I have this blog, I almost forgot the journey of my pregnancy back then!

OK, persiapan baju Thaqif la yang paling utama. Baju mommy dia dah beli kain dari officemate and tempah saja. Tema nya turquoise and rainbow haha. Walid Thaqif tak nak buat baju melayu sebab dia nak recycle ada satu baju melayu yang pakai sekali je. Okla, I jenis tak memaksa. Tapi next year nak paksa jugak kot, macam tak cantik ambik gambar raya warna asing-asing. Hehe. So baju-baju Thaqif dah awal-awal beli masa Mothercare sale (mommy Thaqif dah sign contract dengan Mothercare sejak dia baby hehe) and pants dia majorly beli di Debenhams, masa sale jugak :) Hehe. I like those UK brands sebab durable and comel-comel :)

Belian kueh secara halus-halusan sebab tiap tahun tak habis je so tiap tahun makin kurang beliannya. Paling besar ada niat nak buat tempeyek bilis oiii, sudahnya tak terbuat haha. Syok sendiri je.

Puasa macam biasa, beli gorengan panas di pasar ramadhan and memasak for sahur. Tarawih sedih tahun ni dapat buat less than 10 times (sigh) tapi ada peningkatan dalam mengaji Al-Quran, alhamdulillah. 

All in all tahun ni persiapan macam tahun-tahun lepas, sederhana :) These are pictures relating to the persiapan raya. Ok, nanti sambung raya stories lain. Bye.

Pergi Tesco Puchong teman my sister
cari baju kurung "20 by Rizalman", sekali
terjumpa songkok kanak-kanak :)

Tahun ni buka puasa di luar sekali sahaja,
with our good friends, Fai & Fiza.
Gambar gelap!
Berkobar kami ke Laman Grill kat Shah Alam
buka kat Chef Zubir punya cafe sekali hmmm
it turned out "bad". Maybe sebab puasa kot.
But ambiance wise, I give 9 /10 :)

Thaqif & Mirza
The boys born on the same date.
Berkeliaran lari kat area Laman Grill.

Last minute shopping at Mothercare,
saja tengok kot ada yang berkenan
di saat akhir, eh actually
pants hunting.

A day before raya, went out of the house
pagi-pagi to pick my mum up nak ke Pasar Tani
Kelana Jaya. Punyala kosong jalan!

Pasar Tani Kelana Jaya, macam-macam
ada.

Errmm I purchased hmm insect
repellant at the Pasar Tani...
Well, it works well..

Pucuk dicita ulam mendatang.
Ada orang jual tempeyek bilis semata
kat Pasar Tani KJ tu! Grab dua big tubs!
 

Blog Template by YummyLolly.com - Background image by Jen Furlotte